Followers

ISIUKM bersama Masyarakat


Makluman kepada semua warga kampus dan juga penduduk di sekitar Bangi khususnya Taman Tasik Cempaka, Bangi dimana Sekretariat Pesta Konvokesyen ke-39 UKM sekali lagi akan mengadakan roadtour publisiti tentang program tahunan UKM tersebut kepada masyarakat luar esok.


ISIUKM tidak ketinggalan untuk memeriahkan program yang diberi nama “ Hari Masyarakat Prihatin” dengan membuka gerai ISIUKM yang akan menjual beberapa jenis makanan. Kami menunggu anda di sana!
Antara menu istimewa ialah : Laksa, Bubur Nasi  dan beberapa lagi! Pastikan anda tidak ketinggalan merasainya di Gerai Selera ISIUKM!


Laksa
Bubur Nasi


Tentatif program seperti berikut:

Tarikh: 17 Julai 2011(AHAD)
Masa : 7.30 pg - 6.30 ptg
Tempat : Taman Tasik Cempaka, Bangi, Selangor
Aktiviti;

7.30 pg : Senamrobik bersama MPKj
9.30 pg : Perasmian “Hari Masyarakat Prihatin”
10.30 pg : Persembahan OKU dan pertandingan mewarna( kategori 1: 6-5 thn, kategori 2: 7-9 thn)
11.30 pg : Pertandingan fesyen (tema: RETRO umur: 7-9 thn
12.30 tgh hari : Rehat
2.00 ptg : Mentor bersama Anak Yatim (explorace)
5.00 ptg : Sukan Rakyat (terbuka kepada seluruh masyarat khas nye di sekitar bangi)




AYUH BERAMAI-RAMAI KITA MEMERIAHKAN TAMAN TASIK CEMPAKA !!!
JOM BERSAMA MAHASISWA !!!

" MAHASISWA PENCETUS KEPERIHATINAN MASYARAKAT"

"Bersama Melangkah Menginspirasi Ummah"

Muhammad Hafizan bin Abd. Hamid
Presiden
Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM)

No comments: