Followers

Kekuatan dengan BERJEMAAH !



Entah kenapa rasa semangat datang untuk berkongsi dengan semua. Selepas tertonton satu cerita, bagaikan rasa terpukul untuk berkongsi. Mungkin apa yang ingin dikongsi adalah perkara biasa. Tetapi insya Allah ada sedikit manfaat daripadanya. Kebetulan malam tadi, jam 10 di TV2 menyiarkan rancangan Hindustan yang bertajuk "Chak De! India. Saya tidak tahu apa maksudnya, yang pasti ia memberi satu muhasabah yang baik kepada saya.

Chak De! India mengisahkan perjalanan sebuah pasukan hoki wanita negara India yang mendapat bimbingan jurulatih yang juga bekas ketua pasukan hoki India. Walaupun mendapat kritikan hebat daripada pengurusan tentang kelayakan mereka untuk bertanding hoki, namun mereka menunjukkan kesungguhan yang akhirnya melayakkan mereka menjadi juara dunia mengalahkan pasukan Australia yang merupakan juara dunia 6 kali berturut-turut.


Mari kita analisis beberapa kekuatan cerita ini dalam konteks jemaah atau organisasi:
  • Selepas mengumpulkan antara kesemua pemain terbaik seluruh negeri, perkara pertama yang diambil berat oleh jurulatih ialah membina KEBERSAMAAN. Dalam erti kata sebuah organisasi ialah UKHUWAH. Mana mungkin ingin menjadi 'sebuah pasukan' andai tidak mengenali individu yang berkerja bersama.
  • Melihat jurulatih yang mampu mengesan MASALAH UTAMA ini, tidak dapat tidak sesebuah organisasi itu perlu memiliki ketua yang berpengalaman dan memiliki helicopter view.
  • Selepas mendapat latihan yang teruk sehingga memaksa mereka untuk membuat mogok untuk tidak berlatih di bawah bimbingan jurulatih, akhirnya mereka mengalah selepas mendapat hikmah di sebalik helicopter view daripada jurulatih berpengalaman. Begitu juag organisasi, kadang kala ahli tidak faham dan nampak apa yang ingin disampaikan oleh kepimpinan, maka bertanyalah dan mencari kefahaman agar jemaah atau organisasi terus lancar mmenuju matlamat.
  • Disebut tentang sebuah pasukan, pastinya berlaku salah faham. Maka begitu juga dalam sesebuah organisasi memerlukan sifat berlapang dada dan memahami rakan sepasukan. Jangan babitkan MASALAH INDIVIDU dalam agenda jemaah atau organisasi yang sangat besar.
  • Perkara paling penting yang saya rasakan ialah KESUNGGUHAN. Sebuah pasukan tidak mementingkan figure, tetapi mengutamakan kesungguhan hasil kebersamaan yang dibina. Inilah juga jemaah. Setiap individu mempunyai kelemahan dan kelebihan masing-masing, tetapi hanya jemaah yang mampu menyatukan kesemuanya. Benarlah kata-kata Allah di dalam Surah As-Saff, ayat 4.

Muhammad Hafizan bin Abd Hamid
www.tintadakwah.blogspot.com

4 comments:

Ahmad Tajuddin said...

hehe,akhirnya...

terbaiklah..ana pun pelik gak pasal pe banyak sgt entri dr blogger yng lain citer sal cerite ni...rupa2nye semalam ada kat tv...

hmm,helicopter view itu terbaik...

Ahmad Tajuddin said...

lg 1,ana cadangkan abg tukar setting comment kepada pop-up window..ia lebih reader-friendly sebenarnya...

Anonymous said...

Salam.

Ai ustaz pun tengik movie? Kami tepung kastad nih lebih lagi lah daripada ustaz kan?

Ya akhi, peliharalah izzah mu sebagai daie. Jgnlah kamu merendahkan izzah dirimu dgn melakukan maksiat. Tgk movie itu maksiat (Lagho), tengok perempuan mendedahkan aurat itu maksiat dan maksiat akan menggelapkan hati.

Sungguh kewajiban seorang daie itu tidak sama dengan kewajiban orang umum. Namun sekiranya perbuatan orang umum pun dilakukan oleh si daie, maka itulah saat permulaan fitnah bagi si daie...

Collection said...

Jama'ah have more amal. i already learn Hadith Sahih en français especially bukhari