Persoalannya, mengapa Nabi menjadi pilihan kita?
Sesungguhnya diutuskan kepada kamu Nabi Muhammad saw sebagai contoh tauladan yang terbaik.
Sangat terbaik. Tiada siapa yang dapat menandinginya.
Tapi, dari segi apa penilaiannya?
Sudah 1400 tahun lebih Nabi saw meninggalkan kita semua, tapi hasil didikan dan tarbiyah yang ditinggalkan amat memberi kesan. AlQuran bergerak ini sentiasa membuatkan hati orang sekelilingnya tenang dan senang. Adakah kita juga begitu? Sentiasa memastikan orang disekeliling kita senang terhadap akhlaq dan perangai kita?
Adab dalam berjemaah
Hari ini, Allah uji gerakan Islam. Allah uji pimpinan. Allah uji juga ahlinya. Ahli gerakan Islam dilatih untuk berfikiran rencam, bertindak pantas, dan sebagainya tanpa ada rasa kehebatan dalam diri sendiri malah semuanya disandarkan kepada Allah. Ia datang daripada Allah. Maka setiap perkara yang berlaku, lihatlah dengan kebersamaan Allah. Jangan cepat melatah dan melenting.
Tetapi perkara yang sebaliknya berlaku. Semua ingin tunjuk hebat. Kononnya, semua maklumat dia tahu. Kononnya, maklumat dia sahaja yang tepat. Cepat menghukum dan melabel orang tertentu. Tidak kisahlah dia datang daripada kalangan ulama' muda, mahasiswa atau masyarakat biasa. Bercakap dan menulis di blog masing2 seolah-olah lupa malaikat juga sedang mencatat amalannya.
Hikmah tersirat
Perkara yang berlaku, pasti terselit sejuta hikmah tersirat di dalamnya. Kita ada pimpinan, wala' dan thiqahlah pada mereka selagi tidak melanggar syariat. Bukan tidak boleh memberi cadangan dan buah fikiran, tapi ikutlah saluran yang betul. Jangan burukkan lagi keadaan yang ada. Berfikirlah seperti seorang pemimpin yang bijaksana!.
Inilah hebatnya perjuangan Islam, pasti diuji walaupun dalam keadaan yang pelbagai. Sunnah perjuangan untuk mereka yang mengidamkan syurga Allah. Senyumlah pada masalah, insya Allah masalah akan senyum pada kita diiringi dengan usaha yang bersungguh dan tawakal yang tinggi kepada Allah. Semoga Allah thabatkan hati kita dalam perjuangan ini.
Salam juang.
www.tintadakwah.blogspot.com

RSS Feed (xml)


