Followers

ISIUKM Menyokong Penuh Tuntutan BERSIH 2.0



Tanggal 9 Julai ini bakal menjadi satu sejarah baru bagi masyarakat Malaysia. Tarikh tersebut merupakan titik permulaan kepada gerakan pemulihan demokrasi Malaysia yang kini dilihat sudah ditahap kritikal.

Penganjuran perhimpunan BERSIH 2.0 oleh beberapa Non-Government Organization (NGO) dalam menuntut pemBERSIHan demokrasi Malaysia ekoran sistem perjalanan pilihanraya yang dilihat berlaku zalim pada sesetengah parti politik yang lain. Antara tuntutan kepada perhimpunan bersih ini adalah:
     

      1)      Bersihkan senarai undi
           - Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan pengundi hantu seperti orang yang      telah meninggal serta pengundi klon yang mana seorang pengundi mempunyai 2-3 kawasan undi

2)    Mereformasi Undi Pos
- Memberi kebebasan kepada polis dan tentera untuk memilih samada untuk mengundi biasa ataupun mengundi secara pos serta menuntut pemantauan daripada setiap parti politik yang bertanding bagi menjaga ketelusan undi pos.

 3)   Penggunaan dakwat kekal
- Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang daripada mengundi beberapa kali

4)    Masa kempem minima 21 hari
- Masa kempen yang lebih panjang bagi membolehkan calon-calon yang bertanding untuk menyebarkan maklumat calon terutamanya di kawasan luar Bandar dan pedalaman.

5)    Akses Media yang bebas dan adil
- Memberi kebebasan media kepada semua parti yang bertanding serta membuat liputan penuh dalam pilihanraya yang akan dating bukan hanya membuat liputan parti pemerintah semata-mata

6)    Pengukuhan Institusi Awam
- Institusi Awam haruslah direformasikan agar bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia. Institusi Awan juga haruslah bebas daripada sikap “double standard” yang seringkali dimainkan ketika pilihanraya umum.

7)    Hentikan Rasuah
- Pemilihan pemimpin haruslah berlaku secara adil dan bebas rasuah. Perlaksanaan rasuah seperti membeli undi dan sebagainya akan membuatkan pemimpin yang dilantik terbatal daripada majoriti hati rakyat akibat dicemari rasuah

8)    Hentikan Politik Kotor
- Menjadikan medan demokrasi debagai suara rakyat yang benar-benar telus tanpa ada sebarang provokasi jahat dan mengusik isu peribadi.

Segala tuntutan BERSIH 2.0 jelas dilihat tidak mewakili mana-mana pihak dan ianya secara jelas ingin membuat pemulihan terhadap demokrasi Malaysia. 8 tuntutan di atas adalah jelas dan menunjukkan tidak ada mana-mana agenda yang tersembunyi untuk menjatuhkan mana-mana parti. Biarlah pemilihan pemimpin yang akan datang dibuat secara adil dan saksama.

Titah YDP Agong jelas menunjukkan sokongan daripada YDP Agong dalam memastikan pemilihan supaya dibuat secara adil dan bersih. Malah kami di peringkat ISIUKM menyokong sepenuhnya perhimpunan ini setelah ia mendapat restu daripada Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong. Tidak kiralah siapapun yang menang pada pilihanraya kali ini, yang pastinya pemimpin yang dipilih biarlah betul-betul daripada kemahuan rakyat.

ISIUKM juga ingin mengingatkan kepada semua pihak yang selama ini berpendirian negatif terhadap isu ini agar dapat meresionalisasi pemikiran terhadap BERSIH 2.0. Ini bukannya tuntutan bagi menjatuhkan mana-mana parti politik atau pihak kerajaan, tapi ini adalah tuntutan untuk ketelusan pilihanraya.

Akhir sekali ISIUKM mengingatkan seluruh rakyat Malaysia bahawa himpunan yang dianjurkan pada 9 Julai ini hanyalah sebahagian kecil daripada apa yang lebih besar iaitu 8 tuntutan untuk pilihanraya akan datang. Maka jika himpunan ini gagal sekalipun, tuntutan ini tetap perlu dilaksanakan sehingga pilihanraya berjalan dengan keadaan baik dan bersih dari segala kekotoran. Semoga impian semua untuk mendapat Negara dan pemerintah yang baik dimakbulkan oleh Allah swt.
   
 “Sesungguhnya bagi penduduk-penduduk Saba’ itu satu bukti kekuasaan Allah di tempat kediaman mereka iaitu dua kebun (yang luas dan subur) sebelah kanan dan di sebelah kiri (perkampungan mereka lalu Kami berfirman): Makanlah dari rezeki Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya (negeri kamu) adalah negeri yang ma’mur dan (Tuhan kamu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun.”
"Bersama Melangkah Menginspirasi Ummah"
~Anak Muda Sayang Malaysia~

Muhammad Hafizan bin Abd Hamid
Presiden
Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM)

No comments: