Semalam kali kedua menziarahi akh Muadz bin Azhar, junior di SMKA SHAMS. Beliau masih berada di Tingkatan 5 dan memegang taklifat sebagai Setiausaha Agong BADAR. Takdir Allah, beliau demam pada 3 April yang lepas. Akibat daripada demam tersebut, darahnya dijangkiti kuman. Ada kesan2 sampingan yang lain menyebabkan beliau terpaksa dibedah pada 4 April. Sehingga sekarang beliau masih berada di wad ICU, HUKM.
Semoga Allah memberi yang terbaik kepadamu wahai Adikku, Muadz

Rehat sejenak bersama Muadz ketika sama2 menziarahi utara Syria
Ana tidak berapa kenal dengan Muadz kerana dia baru sahaja masuk ke SHAMS ketika Tingkatan 4. Tapi pertemuan beberapa kali di sekolah sebelum ana berangkat ke Syria pada tahun lepas membuatkan kami sudah kenal seperti bertahun lamanya. Hebatnya ukhuwah kerana Mu ya Allah. Walaupun hanya sejenak bertemu, kerinduan dan keakraban semakin bertambah hanya kerana sama2 adalah penggerak mengekalkan biah solehah di bumi SHAMS.
Ketika menziarahi Muadz selepas solat Jumaat lepas, sempat bersembang seketika dengan ayah beliau yang juga doctor pakar di Qatar. Ana jumpa ayah Muadz ketika ayah beliau ada tugasan di Damsyiq dan ketika itu jugalah keakraban kami sebagai abang dan adik semakin kuat. Pesan ayah Muadz pada ana, bisik dan doakanlah pada telinga Muadz. Moga2 dia dengar apa yang Hafizan bacakan. Sayu hati mendengar ayat tersebut.
Semalam ketika membawa adik2 usrah Tingakatan 4 iaitu Farid, Omar dan Afiq, kami sempat membacakan Surah Yasin untuk akh Muadz. Selesai membaca, kami keluar dari tempat tersebut kerana ingin memberi peluang kepada orang lain pula. Di luar, terserempak dengan ayah Muadz. Satu pesanan yang cukup hebat dari seorang ayah sangat menusuk kalbu hamper membuatkan air mata ana mengalir.
“Hafizan, doakan yang terbaik untuk Muadz ye. Jangan doakan dia supaya dia sembuh. Tapi doakan yang terbaik untuk dia dunia dan akhirat. Jika Allah nak ‘ambil’ dia itu yang terbaik, kita redha dan doakan lah”

Kenangan bersama di depan Makam Abdullah Ummu Maktum, Damsyiq
Sangat menyentuh hati. Kata2 seorang doktor pakar dan ayah mithali. Ana tahu ayah Muadz hebat. Hari terakhir Muadz dan ayahnya berada di Syria, bermula juga kelas sanad hadis Tirmizi di Jami’ berdekatan dengan hotel tempat mereka menginap. Ketika solat Subuh berjemaah, sempat bersalaman dengan Muadz dan ayahnya. Hebatnya tarbiyah seorang ayah. Walaupun kehidupan sangat selesa, tetap pergi berjemaah menghadap Allah. Masya Allah tabarakallah.
Teringat juga kata2 Abang Ammar, abang kepada Muadz.
“Doakanlah yang terbaik untuk Muadz waktu anta bangun tahajjud nanti”
Hebatnya kata2 insan yang mendapat tarbiyah dalam keluarga. Tahajjud dan berjemaah di Masjid menjadi kelaziman dalam sesebuah keluarga.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلائِكَةٌ غِلاظٌ شِدَادٌ لا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
Binalah diri anda sehebat mungkin
Jangan sibuk berbincang tentang baitul muslim jika masih belum bersedia menjadi individu muslim yang hebat. Kita asyik berbicara tentang step kedua ini. Kononnya untuk meramaikan umat Nabi saw, meramaikan pejuang islam bagi mencapai matlamat Daulah dan Khilafah. Jangan tertipu dengan alas an ini!. Binalah diri sehebat yang mungkin dahulu, baru fikir untuk langkah seterusnya.
Jika ditanya pada sesetengah pejuang. Ramai yang akan memberi alasan untuk ‘menjaga’. Menjaga itu sangat penting. Tapi nikah bukan sekadar untuk menjaga, tapi untuk memimpin dan membina perkara yang lebih besar. Jika nikah hanya untuk menjaga, kita masih belum layak untuk ke arah itu. Ust Zamri Zainuldin pernah berpesan dengan ana satu ketika dahulu:
“Kalau bab perempuan pun xboleh setel syeikh, jangan sembang bab perjuangan, Palestin, dll”..
“ Jangan sibuk MENCARI muslimah solehah@muslimin yang soleh. Tapi berusahalah untuk MENJADI seperti mana yang anda inginkan”. – Ust Hasrizal
Benarlah kata2 Allah.

الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ أُولَئِكَ مُبَرَّءُونَ مِمَّا يَقُولُونَ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ
Perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan Yang mulia.
Jemaah no. 1, Keluarga bukan no. 2
Itu kesimpulan yang boleh ana buat setelah selesai membaca buku “Cinta Hassan al-Banna di rumah”. Walaupun bukunya nipis, tapi sudah cukup sebagai panduan kepada ahli gerakan Islam agar tidak mengabaikan tarbiyah di rumah ketika sibuk mentarbiyah orang lain. Banyak contoh2 yang baik dan harus diteladani bagaimana mendekati anak2, bagaimana memilih isteri yang memahami perjuangan dan lain2.
Satu ketika, ayah Imam Malik ditanya bagaimana mendidik anak sehebat imam Malik. Lalu jawab ayahnya, aku mendidik ibunya terlebih dahulu.
Semoga ada manfaatnya penulisan ana kali ini untuk kita bersama. Salam Juang.

Muhammad Hafizan bin Abd Hamid
www.tintadakwah.blogspot.com
No comments:
Post a Comment