15 April setiap tahun merupakan hari istimewa bagi 2 orang abang ana dalam perjuangan. Tarikh yang sama tetapi tahun yang berlainan iaitu Zool Amali pada tahun 1986 dan Muaz pada tahun 1987. Walaupun berbeza tahun, namun keduanya sangat hebat di mata ana. Kedua2 pejuang agama Allah ini ada kelebihan tersendiri dan sentiasa mengisi kekuatan dalam kelompongan yang terdapat dalam sesebuah organisasi. Masya Allah tabarakallah.
Muaz yang lemah lembut
Kenangan bersama di Majlis Khatam al-Quran di DQ suatu ketika dulu
Allah mentakdirkan kami bertemu di SMKA SHAMS. Walaupun tidak pernah bersama dalam satu kelas ketika sama2 mengharungi jihad ilmu, tapi kami bersama dalam institusi nuqaba’. Tahun 2004 pula menyaksikan Muaz menjadi bos ana ketika beliau ditaklifkan sebagai Presiden BADAR merangkap Ketua Umum, 2 jawatan tertinggi di SMKA SHAMS. Rekod pertama dalam sejarah sekolah kerana 2 jawatan tertinggi ditaklif pada insan yang sama.
Tamat imtihan SPM, kami masih bersama di Darul Quran. Kenangan menjadi pendokong agama Allah menjadikan kami lebih erat. Muaz seorang yang sangat lemah lembut dalam pekertinya. Sentiasa meraikan pendapat orang lain dan sangat mudah untuk didampingi. Takdir Allah, beliau mengalami kemalangan pada 9 Mac. Inilah ujian yang berat bagi pejuang agama Allah yang hebat seperti abang ana, Mohd Muaz bin Abd Hamid.
Zool yang tegas pendirian
Kenangan bersama di Majlis Khatam al-Quran di DQ suatu ketika dulu
Zool Amali tidak kurang hebatnya dari segi kepimpinan. Mula memegang tampuk kepimpinan tertinggi di Maahad Muhammadi, Kelantan lantas diberi kepercayaan menjadi Timb. Pengerusi IQRAC sementara waktu. Akibat keinginan mendalami ilmu agama yang sangat tinggi, beliau telah menukar bidang dari persijilan tahfiz kepada bidang diploma. Ketika ini, beliau diberi kepercayaan untuk menerajui perwakilan semester dengan memegang taklifat sebagai Pengerusi Huffazul Furqan As Solihun (HAFS). Setahun memegang amanah tersebut, beliau sekali lagi diberi kepercayaan oleh warga DQ dengan ditaklif sebagai Timbalan Exco Lajnah Hal Ehwal Siswa sebelum menjadi YDP Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT) sesi 07/08.
Beliau antara sahabat paling rapat dengan ana ketika di DQ. Satu kelas tasmi’ menyebabkan kami tidak kekok seperti seorang abang dan adik. Semua rahsia dikongsi bersama(“,). Ketegasan pendirian dan kelantangan bersuara membuatkan beliau sangat dihormati. Walaupun sangat tegas dari segi luaran, beliau sangat mudah mengalirkan air mata. Kami biasa menjadi wasilah untuk slot muhasabah bersama. Jika ana yang bercakap, dia mesti akan mengalunkan zikir2nya sambil menitiskan air mata.
Dua2 dekat di hati
Kenangan bersama di Lapangan Terbang Singapura sebelum bertolak ke Tanah Suci
Kenangan bersama di dalam Universiti Islam Madinah
Muaz dan Zool adalah antara insan yang paling rapat dalam hidup ana. Bukan bermakna sahabat2 lain tidak rapat, cuma hari ini ana ingin meraikan mereka berdua yang sentiasa bersama ana dalam perjuangan. Kami pergi umrah dan muqabalah di Universiti Islam Madinah bersama. Teringat ketika sama2 penat dan bersungguh mencari sponsor unutk ke Tanah Haram tersebut. Selepas dikhabarkan bahawa kami tidak dapat ke Madinah, ana dan Zool berubah haluan ke Syria manakala Muaz meneruskan pengajian di UPSI. 4 bulan 10 hari bersama Zool dan sahabat2 lain di bumi barakah Syria, ana pulang ke tanah air atas sebab2 tertentu dan sama2 berjuang dengan Muaz dalam satu saff kepimpinan mahasiswa N9. Semoga ana mendapat tempias daripada kehebatan abang2 perjuangan di samping ana. Amin.
Salam Rindu..Salam Sayang dari adikmu,
Muhammad Hafizan bin Abd Hamid
www.tintadakwah.blogspot.com
No comments:
Post a Comment