Bahang berkempen di Bukit Gantang masih terasa. Kesempatan sepentas bersama Ust Nik Abduh, YB Saari Sungib serta Ust Azhan Atan (Juara Akademi Nasyid) akan menjadi kenangan paling indah dalam hidup. Walaupun sedih tidak dapat bersama sepenuhnya berjuang sehingga hari mengundi, doa untuk kemenangan Islam sentiasa mengiringi kerana mendidik anak-anak murid di Bt. Caves perlu diaulakan.
Sama ke anjing dan kucing??Di dalam Surah Fathir, Allah s.w.t menjelaskan kepada manusia bahawa memang terdapat perbezaan yang nyata lagi jelas terhadap dua keadaan pada setiap ayat. Ayat Allah cukup mudah untuk difahami. Persoalannya, adakah kita berfikir apakah hikmah Allah turunkan ayat mudah begini??.
وَمَا يَسْتَوِي الأعْمَى وَالْبَصِيرُ
Dan tidaklah sama orang buta dengan orang yang melihat.
وَلا الظُّلُمَاتُ وَلا النُّورُ
Dan tidaklah sama gelap-gelita dengan cahaya yang terang-benderang,
وَلا الظِّلُّ وَلا الْحَرُورُ
Dan tidaklah sama suasana yang teduh dengan yang kencang panasnya.
وَمَا يَسْتَوِي الأحْيَاءُ وَلا الأمْوَاتُ
Dan tidaklah sama orang-orang yang hidup dengan orang-orang yang mati.
Perbezaan yang kita rasakan bahawa kanak-kanak yang berada di bangku tadika juga akan yakin menjawab jika ditanyakan kepada mereka soalan mudah begini. Tapi, cube kita berfikir sejenak. Ada perkara yang tersirat yang ingin Allah sampaikan. Adakah sama orang yang berlakon menjadi mati dan orang yang benar-benar mati??. Ini juga tidak sama.
Perbezaan PAS dan UMNOPerkara ini yang perlu semua FAHAM dan JELAS bahawa memang terdapat perbezaan yang sangat nyata antara PAS dan UMNO. PAS dan UMNO kedua-duanya parti politik, cuma PAS dasarnya Islam, UMNO dasarnya bangsa. Walaupun UMNO juga kononnya perjuang Islam Hadhari, tapi ia hanya nama. Seolah-olah sama seperti perumpamaan orang yang berlakon mati dan orang yang benar2 mati.
Setiap saat dan detik hidup kita berdosa akibat tidak tersambungnya sistem khilafah sejak runtuhnya pada 1924. Suasana di Malaysia membuktikan wajibnya keterlibatan parti Islam bagi mencapai matlamat Daulah Islamiyah. Sehubungan dengan itu, semua gerak kerja mambantu, menyokong, mendoakan malah paling penting iaitu mengundi calon PAS mendapat pahala. Jadi, yang ingin menyekat semua gerak kerja ini adalah UMNO. Memang sangat berbezakan UMNO dan PAS.
Ada juga orang berpendapat, lebih baik mengundi calon BN@UMNO yang dilihat lebih berkemampuan atau berkaliber daripada calon PAS yang kurang meyakinkan. Ini silap. Kajilah semua sistem dalam PAS. Semua calon akan disyurakan terlebih dahulu. Janji Allah dalam al-Quran jelas memberi tahu kita bahawa syura ada hikmah di sebaliknya. Maka kita wajib mengundi calon PAS dan memberi sepenuhnya sokongan dan bantuan agar calon kita itu menjadi hebat.
Bantulah pimpinan kitaPimpinan kita juga manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesalahan. Sirah juga membuktikan bahawa para sahabat dahulu hebat memimpin adalah kerana sokongan dan dokongan daripada ahli atau orang bawahan. Teringat kata-kata Saidina Ali apabila salah seorang rakyat membanding2kan tampuk pemerintahannya dengan khalifah sebelum beliau. Dengan tenang beliau menjawab;
“Zaman dahulu gemilang kerana rakyatnya adalah seperti aku, zaman sekarang mungkin kurang kegemilangannya adalah kerana rakyatnya adalah seperti kau”
Kesimpulan
1 comment:
salam..doalah same2..agar pentadbiran islam akan tercapai..
Post a Comment