Followers

Diari Kehidupan di Bumi Barakah Damsyiq..siri 16

12 Disember 2008
Setelah semua letih mengikuti jaulah ke bahagian utara Syria, kami serumah bermesyuarat untuk mengadakan bait maftuh atau ‘open house’. Kami mengambil keputusan untuk mengadakan bait maftuh selepas Maghrib iaitu jam 5malam hingga 9malam. Alhamdulillah, ramai sahabat-sahabat yang dapat melapangkan masa untuk menghadiri bait maftuh kami.

..

Ketika sedang membuat persiapan bait maftuh pada waktu petang, ana dapat satu ‘sms’ daripada senior perjuangan di Malaysia iaitu akak Amirah.

“Jangan jeles ye dengan kami semua”.

Ana bingung ketika mendapat pesanan ringkas tersebut. Rupanya baru teringat ketika itu sedang berlangsung muktamar SPINS. Rasa sedih menyelubungi seketika apabila teringat tidak banyak sumbangan yang dapat dilakukan walaupun ditaklif sebagai pimpinan ketika itu. Ana mohon maaf kepasa semua mantan pimpinan SPINS sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang sama-sama berjuang.Tahniah dan takziah juga kepada pimpinan SPINS akan datang. Siiru ‘ala barakatillah.

No comments: