Followers

Diari Kehidupan di Bumi Barakah Damsyiq..siri 15

11 Disember 2008
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk (yang menimpa) orang-orang Yang mendustakan (Rasul-rasul) itu." Surah al-an’am: 11


Kuliah Dhuha dalam perjalanan.
Abg Nasir yang banyak bercerita tentang sejarah
Sebagai menyahut seruan Allah dalam firmanNya di atas, maka kami seramai 22orang daripada DQ JAKIM telah pergi menziarahi beberapa tempat di Syria ini bagi mengambil iktibar sebanyak mungkin. Kami dipandu oleh orang yang sangat kami sayang iaitu Abg Nasir merangkap Mas’ul kami di sini. Kami telah menziarahi Pulau Arwad di mana terdapat Qal’ah Arwad di situ.
Atas bot yang disewa untuk ke Pulau Arwad

...Qal'ah Arwad

Selepas selesai menziarahi Pulau Arwad, kami terus ke Qal’ah Hison. Qal’ah Hison lebih besar daripada qal’ah di Pulau Arwad. Qal’ah ini boleh berhubung dengan 2 lagi qal’ah di tempat lain dengan hanya menggunakan cahaya. Semua qal’ah ini digunakan ketika zaman penaklukan oleh Salahuddin al-Ayubi.Subhanallah.

...Qal'ah Hison


Destinasi terakhir kami ialah melawat maqam Khalid al-Walid di Jami’ Khalid al-Walid. Kami sampai di sana selepas Maghrib. Di situ juga terdapat maqam Ubaidillah bin Umar bin al-Khattab.

Maqam Khalid al-Walid

Maqam Ubaidillah bin Umar al-Khattab

No comments: