Followers

Diari Kehidupan di Bumi Barakah Damsyiq..siri 14

8 Disember 2008


Alhamdulillah Allah masih beri ruang untuk menyambut Hari Raya Aidiladha di bumi barakah ini. Aktiviti pertama di hari yang mulia ini ialah solat sunat di rumah Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS) dan mendengar ucapan perutusan Presiden yang baru iaitu Abg Hairul Faizal atau abang Pejai.

Setelah selesai menunaikan solat sunat, kami semua pulang ke rumah untuk mengemas sebelum pergi menziarahi sahabat kami yang mutazawwij iaitu Izwan dan Dafiqah.


Selepas solat Maghrib, kami semua diarah untuk pergi ke rumah PPMS untuk sama-sama melapah daging lembu sebanyak 4 ekor dan seekor khoruf. Alhamdulillah majlis berjalan dengan sangat meriah. Pada keesokan harinya ada jamuan besar-besaran di rumah PPMS dan penyerahan daging korban kepada setiap rumah pelajar Malaysia.

No comments: