Followers

Diari Kehidupan di Bumi Barakah Damsyiq..siri 17

13 Disember 2008

Sedang asyik melayan tetamu yang hadir pada bait maftuh kami, ada cadangan daripada ahli bait yang ingin meneruskan jaulah ke tempat lain pula. Setelah berbincang, maka kami semua sepakat untuk meneruskan kembara ilmiah kami ke dua tempat yang sangat bersejarah di sini iaitu di Busra dan Nawa.

..

Tepat 6.30pagi, kami semua berkumpul di tempat yang telah dimaklumkan untuk menaiki ‘coaster’ yang ditempah khas bagi membawa kami. Jaulah pada kali ini dipandu oleh seorang lagi senior di Darul Quran iaitu abg Turmizi. Destinasi pertama kami ialah menziarahi dhorih Imam Nawawi.

..Maqam Nabi Ayub a.s

..Hammam Nabi Ayub a.s

..Maqam Sa'ad bin Ubadah

Selepas menziarahi dhorih Imam Nawawi, kami terus menuju ke maqam Nabi Ayub a.s, hammam Nabi Ayub a.s dan maqam Sa’ad bin Ubadah yang tidak jauh daripada dhorih Imam Nawawi.

Bergambar kenangan di Colloseum.

Selesai sudah menziarahi di Nawa, destinasi seterusnya semua terletak di Busro. Tapak kaki unta Nabi s.a.w adalah tempat pertama yang kami tuju. Bersebelahannya terdapat Madrasah Ibnu Kathir. Selepas itu, kami menziarahi kota lama dengan berjalan kaki melawat Sarir bint Malik atau katil tuan puteri anak kepada raja yang ada cerita menarik disebaliknya. Disamping itu juga, kami juga melawat Jami’ Umari, Hammam Manjak, Kanisah Buhaira’ di mana tempat Abu Talib berjumpa dengan Buhaira’ dan juga ‘colloseum’

..Pemandangan di Busro

..Sarir bint Malik.

No comments: