Followers

Konvokesyen hambar tetapi ‘teruja’???...



Hari ini genap seminggu selesai konvo di DQ…Hari- hari yang sepatutnya mendatangkan kegembiraan bagi semua graduan rasa sedikit pilu akibat pesta konvo yang amat suram dan lesu…Bagi ana, ditambah pula dengan ketidak hadiran mak n ayah sewaktu majlis konvo menambahkan lagi kepiluan dihati…Walaupun begitu, ana sudah cukup gembira dan terhibur akibat terubatnye rindu dengan kehadiran abg2n akak2 seperjuangan ana yg sering buat ana tersenyum sendirian apabila keseorangan..Ya Allah,kekalkan ukhuwah kami hingga ke syurga Mu…Ana juga amat berbangga apabila abg seperjuangan iaitu akh Rashidi dianugerahkan sebagai pelajar mithali bagi sesi kali ini..



Di samping itu juga, dengan pengumuman berita ‘pembinaan masjid’ dikalangan abg2 dan akak2 menambahkan lagi kegembiraan di hati… Abg Izwan dengan Kak Dafi & Abg Aminruddin dengan Kak Solehah…=)…Tidak dilupakan pesanan keramat sewaktu pertemuan bersama ayahanda tercinta..
“Hafizan…sewaktu menuntut imu ini kita kena ingat..kita kna banyak bersabar, kena berkorban, xleh duduk senang dan yang paling penting jagn mengharapkan jalan pintas untuk mendapat kejayaan”
Semoga ana sentiasa mengingati kata-kata hikmat dari ayahanda ini..Amin Ya Rabbal Alamin..



Ada seperkara lagi yang betul2 membuatkan ana teruja. Hal ini ialah melibatkan ucapan perasmian konvo oleh Dato’ Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Bayangkan banyak perkara yang disentuh oleh beliau seolah2 beliau merupakan seorang pemimpin pembangkang yang sedang menyampaikan ceramah umum. Ramai sahabat yang menyuruh ana melaungkan TAKBIR.. Tapi apakan daya suara ana x mampu utk keluar…=)..’alla kulli hal, ana berdoa agar semua pemimpin di negara kita diberi taufiq dan hidayah oleh Allah dalam melaksanakan taklifat sbg umara’ yang betul2 mengamalkan Islam sbg cara hidup..

3 Ogos 2008


No comments: