Followers

Indahnya Ukhuwah kerana Allah…

Kem Motivasi Penghayatan Islam 2008 (KMPI) baru tamat semalam..Program yang menjadi rutin tahunan bagi BADAR SMKA SHAMS kali ini berbeza sedikit daripada sebelum2 ini..Prog kali ini hanya disertai oleh pelajar form 4 n lower 6 coz pelajar form 1 n form 2 sudah mengikuti Kem Anak Soleh (KEMAS) baru2 ini..Alhamdulillah ke 2-2 prog ini telah berjalan dengan lancar wpun persediaannya agak kelam kabut akibat kelambatan dr puan pengetua meluluskannya..=(

Tp..apa yang menarik sewaktu prog ini berjalan adalah sambutan meraikan adik2 ana yang ingin ke timur tengah iaitu ‘afifah,sarah n sakinah. Mereka akan ke Mesir di bawah tajaan MAINS pada 26 Julai 2008, sama dgn tarikh akak ana nikah n raptai konvo d DQ..juga x ketinggalan turut meraikan kamaruzzaman yang manja dipanggil ijan dan haziq yang akan ke Morocco..cume mereka masih belum dapat tarikh yang tetap utk ke sana..

Kami meraikan adik2 tersebut pd sabtu ptg sewaktu peserta2 kmpi sedang riadhah yang di conduct oleh asri n rosdi..perjumpaan dimulakan dgn tazkirah dr ana sendiri..slps itu diteruskan dgn sesi soal jawab ttg perkembangan sume adik2 yg sudah masuk ke ipta sama ada sudah mengikuti usrah atau belum..aida n fatin di uia pj, aminah di usim, husna n izzuddin di uia nilai, shahril di mtrx mlaka, hanif di mtrx penang, dan atiqah yang sedang membuat persediaan utk ke Ireland..Prog diteruskan lg dgn tazkirah dr abg azwan n di akhiri oleh wasiat dr ust muaz..Abis je Muaz bg tazkirah, kami pn terus menyerbu sate yang banyak n bihun yg sungguh berselera..hehehehe…Prog tamat sejurus waktu maghrib masuk n kami same2 solat berjemaah di surau SHAMS…

Sewaktu ana melihat adik2 ana gembira bertemu antara satu sama lain, berkongsi pengalaman berada di ipta, berpeluk2 sewaktu hndak abis pertemuan..tiba2 hati ana menjadi sebak lalu air mata lelaki ini pn turut serta gugur..Ya Allah hbatnya ukhuwah kurniaan Mu ini..Ana teringat semua pengalaman n gerak kerja yang ana buat dgn adik bradik ana di DQ..Ana x mampu mnahan sebak akibat terlalu rindu n syg yg teramat sangat dgn abg2 n akak2 ana..


Pengalaman ketika melakukan gerak kerja, pengalaman sewaktu berselisih pendapat ketika syura, pengalaman ketika di teratak pejuang, dengan wujudnya panggilan ‘abi’, ‘ayah’ ‘umi’ yang sentiasa berleter ketika berada di teratak pejuang..sungguh melucukan..Tp kenangan ini sudah cukup buat ana mengalirkan air mata..Ana yakin andai diberi pilihan sama ada adik beradik senasab atau adik bradik seperjuangan…SEMESTINYA ana tidak akan teragak2 utk memilih adik bradik seperjuangan utk hidup bersama..klu di tanya mengapa, ana sendiri x mampu utk menjawab malah hanya mampu untuk menangis..

Ya Allah..dalam tidak sedar…mengalir lagi air mata ana..X sabar rasenye utk berjumpa dgn abg2 n akak2 sewaktu konvo nnt..Mgkn ini lah kali terakhir untuk kita berjumpa sebelum masing2 meneruskan jihad ilmu di tempat masing2..ada yang akan ke Syria 17.8 ni..ada yang akan ke Mesir hjung bln 8 ni, ke Jordan dan yang masuk ipta dlm negara yang sudah lama mendaftar..sumenyer sudah buat haluan masing2..x lupa juga yang sudah berumah tangga n akan mendirikan rumah tangga…walau di mana pun anda berada…walaupun apa status anda…percayalah…ana selaku adik yang paling bongsu,=) akan tetap meningati saat susah dan senang sewaktu kita sama2 berjuang…

Benarlah spt yg disebut dalam hadis ini;

“perumpamaan org2 mukmin dalam berkasih sayang, kecintaan dan lemah lembut mereka seperti satu badan..apabila satu anggota mengadu sakit..maka seluruh anggota turut menanggung sakit”

(Imam Bukhari n Muslim)

Ya Allah..krn Mu hati2 ini bertemu..mengharapkan cinta dan redha Mu..jd kanlah kami para pejuang agama Mu dimana jua Kau campakkan kami di muka bumi ini..berilah kami kekuatan dan masukkanlah dalam hati kami semangat jihad yg tinggi agar setiap sisa hidup yg berlalu dpt kami gunakan utk berbakti pd agama Mu..Ya Allah..kurnikanlah kami kecerdasan akal dan kebijaksanaan dalam menlaksanakan tggjwb sbg khalifah d bumi Mu ini..Masukkanlah dalam hati kami CINTA, RINDU dan TAKUT pada Mu melebihi degala kenikmatan dunia yang sementara ini..Izinkanlah Ya Allah kami menjadi pejuang mujahid pemegang panji2 Islam dan mati sbg syuhada’..Ya Allah..perkenankanlah doa ku ini..amin..=)

p/s: maaf klu ayat terabur..baru blaja hndak menulis dgn baik..=)

No comments: