Situasi 1
"Abang, lajunya abang bawa kereta ni, mati kita nanti!" isteri meluahkan rasa takut kepada suaminya. Anaknya, aiman hanya mendiamkan diri di bahagian belakang.
Situasi 2
"Umi, aiman takut umi bawak laju, tapi aiman tak kisah" si anak pula mengingatkan uminya apabila umi menjemputnya pulang daripada sekolah ketika abi sedang sibuk bekerja.
Cuba hayati 2 situasi di atas. Keadaannya mungkin sama, cuma watak dan perwatakan yang berbeza.
Situasi 1 menunjukkan si suami yang membawa kereta dengan kadar yang laju ditemani isteri dan anak tercinta manakala situasi 2 menunjukkan si isteri pula yang memandu dan hanya ditemani anaknya yang baru pulang daripada sekolah.
Jika kita kaji, seorang pemandu yang membawa laju pasti yakin dan mahir dalam pemanduannya. Mungkin juga pemandu tersebut ada tujuan dan masalah yang penting yang menyebabkan dia terpaksa membawa laju. Tetapi, adakah yang menemani pemandu sama pemikiran dan merasai apa yang dirasakan oleh pemandu?.
Kebiasaannya memang begitu. Si isteri akan runsing apabila suaminya membawa laju apabila dia tidak menjadi pemandu, tetapi akan membawa laju apabila dia hanya bersama si anak. Nasib baik dapat anak bernama aiman yang selalu dengan tidak kisahnya. Saya tidak berniat untuk 'membantai' si isteri yag sering dengan emosinya. Sekadar analogi mudah untuk dikongsi.
Kaitkan dengan keadaan semasa
Selepas satu masalah, Allah uji lagi dengan ujian seterusnya. Ini lumrah sebagai pejuang dan gerakan Islam. Masakan ingin hidup senang dengan kebenaran yang kita tuju sedangkan Nabi saw yang ma'sum juga diuji dengan begitu hebat. Maka perkara yang perlu kita ingat, gerakan Islam dan pendokongnya mesti bersiap sedia dalam menghadapi segala ujian dari Nya.
Ramai blogger dan penulis2 yang semakin ghairah menghentam TGHA, dan pimpinan yang lain dalam mereka memacu gerakan Islam ini. Seperti post sebelum ini, saya tidak menyalahkan mereka seratus peratus kerana mereka ada sense untuk mengubah gerakan Islam dengan lebih baik atau menjadi check and balance kepada PAS. Tetapi disebabkan tidak beradab dan kurang ajar, maka perkara ini perlu diambil serius.
TGHA, Pimpinan PAS dan si suami
Mereka mungkin mengalami nasib yang sama.
Adakah si isteri tidak tahu bahawa suaminya adalah seorang yang cekap dan mahir dalam membawa kereta, malah mereka ingin menuju ke destinasi yang sangat penting?
Adakah ahli gerakan tidak tahu yang pimpinan kita sudah lakukan yang terbaik untuk membawa ke destinasi yang kita sama2 inginkan?
Adakah kita baru mengenali keperibadian TGHA yang hebat peribadinya? memang dia bukan seorang yang maksum, justeru memerlukan sokongan daripada kita dan bukan hanya kritikan tanpa tindakan!.
Banyak lagi soalan dan situasi yang boleh difikirkan agar boleh diambil iktibar. Sekadar renungan bersama khusus untuk diri saya yang sering lupa. Mungkin juga ada yang tidak setuju dengan analogi dan pandangan saya, tetapi saya juga bersedia dikritik. Semoga ada manfaat bersama. Semoga Allah tetapkan hati kita dalam agamaNya dengan penuh ketaatan. Amin
Sila baca di sini dan di sini juga. Barakallahufikum.

- Cara berfikir dan bertindak seorang pemimpin dan ahli bawahan memang tidak sama begitu juga pemandu dan pembonceng. Pemimpin lebih memikirkan tentang semua keadaan dan aspek dalam fikiran dan tindakan, malah ahli hanya memandang dan menilai dari satu sudut.
Adakah kita baru mengenali keperibadian TGHA yang hebat peribadinya? memang dia bukan seorang yang maksum, justeru memerlukan sokongan daripada kita dan bukan hanya kritikan tanpa tindakan!.
- Thiqahlah pada pimpinan kita. Pandanglah kehebatan syura. Kesemuanya ada hikmah di sebaliknya. Ini janji Allah. Wala' lah pada mereka selagi tidak bercanggah dengan syariat. Jika ada perkara yang ingin dikritik dan dilontarkan, guna saluran yang betul dan bijak. Jangan tunjuk kebodohan sendiri!
Banyak lagi soalan dan situasi yang boleh difikirkan agar boleh diambil iktibar. Sekadar renungan bersama khusus untuk diri saya yang sering lupa. Mungkin juga ada yang tidak setuju dengan analogi dan pandangan saya, tetapi saya juga bersedia dikritik. Semoga ada manfaat bersama. Semoga Allah tetapkan hati kita dalam agamaNya dengan penuh ketaatan. Amin
Sila baca di sini dan di sini juga. Barakallahufikum.
Muhammad Hafizan Bin Abd Hamid
www.tintadakwah.blogspot.com
www.tintadakwah.blogspot.com
2 comments:
Mantap3!!!
Salam, analogi yg baik. teruskan menulis dan berdakwah.
Itulah yang sepatutnya dan sebaiknya difahami oleh ahli, namun ada sesetengah mereka yang tidak faham dan buat2 tak faham kepada siapa mereka sepatutnya wala' dan thiqah.
Dan lebih teruk bersikap kurang ajar dgn pimpinan terutama Tok guru Ayah Chik. Ana cukup sedih dengan keadaan ni.
Pimpinan bersusah payah dalam mengendalikan parti. Mereka pula hanya tahu mengkritik dan menimbulkan masalah.
Apapun, doakan yang terbaik buat Parti Islam Semelaysia. Moga2 mereka2 yang berniat jahat Allah zohirkan. Dan memberi hidayah kpd mereka. Semoga Islam kan subur.
Islam pasti gemilang.
Post a Comment