Ungkapan ini mungkin sudah menjadi kebiasaan bagi mahasiswa Darul Quran khususnya ketika zaman pemerintahan Abang Azhar Rahman menjadi YDP PERKEMAT DQ. Kata2 yang sangat ringkas tapi amat menusuk kalbu. Pelbagai tafsiran yang boleh dibuat. Sama ada positif atau negatif, terpulang kepada si penilai, yang penting pengungkapnya mungkin sudah berada di Syurga Allah. Kata2 ini diungkap oleh Allahyarham Farham sebelum pergi menemui Ilahi.
Setiap tahun, bulan Ramadhan yang sama akan menemui kita. 30 hari bakal menyaksikan adakah kita tewas dengan keletihan tanpa makanan jasmani?. Atau lebih parah adakah Ramadhan yang bakal menjelang tidak dirasai langsung kehadirannya?. Ayuh muslimin muslimat, kita berlumba2 membuat kebaikan di bulan yang mulia ini. Jangan hanya menyahut seruan2 diskaun di pasar raya, tp sahutlah dahulu nikmat dan ganjaran yang besar yang disediakan Allah swt.
Semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik dalam hidup kita. Ramadhan yang sama, natijah yang berbeza. Moga2 taqwa menjadi habuan kita semua. Barakallahufiikum. Hayakumullah.
Muhammad Hafizan bin Abd Hamid
www.tintadakwah.blogspot.com
1 comment:
insyaAllah .moga dapat melatih diri dengan tarbiyah madrasah ramadhan.
salam ramadhan.
Post a Comment