Daripada Abi Ya’la Syaddad Bin Aus Radhiallahu ‘anhu daripada Rasulullah S.A.W sabdanya :
“Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan dia suka beramal untuk bekalan sesudah mati, sedangkan orang yang lemah (tidak cerdik) ialah orang yang selalu mengikutinya hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah SWT
Hadith riwayat Imam Al-Turmizi
Banyak hadis Nabi saw yang memberitahu kita bahawa insan yang mengingati mati ialah insan yang cerdik. Mengapa? Masakan tidak sahabat2, jika semua orang mengingati mati, amanlah dunia. Jika semua orang mengingati mati, kurangnya maksiat di mana2. Jika semua orang mengingati mati, kurangnya jenayah di mana2. Tidak perlu ISA, dan lain2. Semua orang akan mengingati balasan yang akan mereka dapat sekiranya maksiat menjadi pilihan di dunia ini.
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Ulama’ semakin berkurangan
Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."
H.R. Muslim
Pada hari Jumaat lalu, 7 Ogos 2009 bersamaan 16 Syaaban 1430 H, ulama qurra' Syria terkenal, Syeikh Abul Hasan al-Kurdi telah wafat. Beliau ialah seorang ulama besar Syam yang tersangat alim di dalam bidang al-Quran. 13 Ogos pula kita dikejutkan pemergian seorang ustaz yang juga vokalis nasyid kumpulan Rabbani. Ramai lagi para alim ulama’ yang telah pergi mengadap Ilahi. Ini semua tanda2 akhir zaman.
Kesannya, semua yang bercakap mengikut al-Quran dan as-Sunnah dikata bohong dan penipu. Semua yang benar dianggap sesat, maka pemimpin dilantik adalah dikalangan bukan ‘ahli’ nya. Maka tunggulah saat kehancuran kata Nabi saw.
Bayangkan sahabat2, apabila golongan agama bersuara dan menegur yang salah, dikatakan puak pelampau, jumud dan sebagainya. Bagilah peluang kepada orang yang ‘alim dalam bidangnya membetulkan sesuatu yang jelas kesalahannya. Formulanya mudah, jika seorang yang mahir dalam bidang Sejarah ingin membetulkan seorang yang pakar dalam bidang Matematik bahawa rumus 1+1=3 adalah yang tepat, mestilah sahabat yang pakar dalam bidang Matematik ini melenting kerana ia bersalahan dan bercanggahan dengan apa yang dia tahu iaitu 1+1=2.
Kembali kepada Allah
Kesimpulannya mudah, buatlah amalan sebanyak mungkin dengan mengharapkan rahmat Allah. Hari ini ramai umat manusia mengimpikan syurga Allah, tetapi amalan mereka tidak langsung wujud ciri2 mengingati mati dan impikan syurga Allah. Jangan sekadar mengimpikan sesuatu tanpa berusaha seolah2 anda ingin menginap di hotel bertaraf 5bintang, tetapi tidak pernah berusaha keras untuk membayar kos hotel tersebut.
Teringat pesan ustaz ketika kuliah Metodologi Al-Quran dan Al-Hadis pada hari Jumaat lepas, ust menyebut ‘tingkatkan amalan, tinggalkan maksiat’. Dalam keadaan kematian H1N1 yang semakin meningkat pun, konsert2 di seluruh IPT dalam meraikan graduan tetap diteruskan. Seolah2 tidak faham dan buat2 bodoh dengan amaran daripada Allah. Walaupun sudah dibantah, tetapi tetap diteruskan. Malang, cukup malang apabila budaya hedonisme menular dalam pemikiran mahasiswa minda kelas pertama! Adakah kita termasuk dalam kategori insan yang bijak??. Ingatlah mati, muhasabah bersama.
Muhammad Hafizan bin Abd Hamid
www.tintadakwah.blogspot.com
No comments:
Post a Comment