Followers

Kembalikan Semangatku



Entah mengapa sejak berhenti kerja daripada I. P. Minda, rasa malas untuk menulis. Sebelum ini hanya memikirkan bagaimana untuk meneruskan kelas quran di sana. Tetapi sejak menjadi sura rumah, terpaksa melayan kerenah anak buah. Bergilir-gilir bersama kakak untuk menjaga anak buah 2 orang. Wah..susah juga menjadi ayah ye. Nak tidurkan mereka, bagi makan, mandi dan tukar pampers mereka bukan suatu tugas yang mudah. Saya juga kadang kala hilang sabar melayan kerenah mereka. Fuhh..

Deretan Peristiwa


7hb – 11hb Jun adalah minggu terakhir berkhidmat sebagai Penolong Pengurus bahagian Quran di I. P. Minda Sdn. Bhd. Minggu yang sangat padat dengan kerja2 dan tugasan. Perlu menyiapkan semua dokumen dan maklumat yang tepat sebelum menyerahkan tugas kepada pengurus yang baru di samping sibuk menyiapkan presentation SPINS untuk program Himpunan Mahasiswa Anak Negeri Sembilan (HANIS ’09). Pening!.



12hb Jun, Program HANIS ’09 bermula. Walaupun penglibatannya tidak mencapai target, tetapi penganjuran Forum Intelektual Mahasiswa berjaya menyedarkan pemimpin N9 bahawa anak muda mahasiswa bakal menggugat di negeri itu. Jumaat malam sedang sesi taaruf berlangsung, kami diganggu seorang ‘mak cik’ yang kononnya kehilangan suami. Pelik!. Riadhah keesokannya barulah kami sedar banner forum kami telah digunting dan hilang. Pengecut!. Kami sedar akan kehadiran 2 orang SB semasa forum berlangsung. Nampaknya panggilan telefon daripada pihak polis bukan suatu gurauan.




13hb Jun petang, sedang membuat persiapan untuk Forum Intelektual Mahasiswa , sms diterima daripada sahabat seperjuangan di Syria. Dr. Fathi Yakan kembali ke rahmatullah. Allahuakbar!. Belum pun reda rasa di hati dengan pemergian junior di DQ satu ketika dulu yang pergi menemui Ilahi dalam kemalangan di Mesir, kini pejuang haraki yang hebat pula meninggalkan kita semua. Tidak dilupakan saudara seaqidah kita di Thailand. Semoga Allah merahmati kesemuanya. Amin.


15hb – 18hb Jun, waktu ni sibuk ulang alik ke sokolah tercinta, SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban. Membantu guru2 untuk jualan dan persiapan Makan Malam Sempena Jubli Emas SMKA SHAMS. Di samping itu, ada liqa’ bersama pimpinan BADAR dan murabbi bagi membincangkan pelapis kepimpinan BADAR dan Ketua Pelajar untuk sesi akan datang. Minta maaf juga pada Abang Syaari sebab terpaksa menolak pelawaan untuk menjadi fasilitator untuk program I. P. Minda.



19hb Jun pagi, keputusan upu diumumkan bagi pelajar lepasan STPM, Matrikulasi KPM dan Diploma. Alhamdulillah, akan meneruskan jihad ilmu dan haraki di UKM. Mohon tunjuk ajar daripada sahabat2 seperjuangan di UKM khususnya naqib tercinta, Abang Idris Yussoff. 12.30 tgh bertolak ke Muar bersama ayah kerana ada urusan di JPJ Muar. Tiba di rumah jam 7.30 malam dan terus bersiap untuk menghadiri makan malam SHAMS. ALhamdulillah, ukhuwah yang semakin pudar kembali mekar dengan pertemuan singkat dengan sahabat2 seperjuangan.



20hb Jun pula ke Segamat dan Labis untuk mengutip rezeki yang melimpah ruah di kebun. Habis 5 kebun yang sangat luas bersama pak ngah kami redahi untuk mengutip durian. Wah!! Kalau jual, boleh kaya ni. Tapi kami bagi je jiran2 dan saudara mara yang dating sebab banyak sangat sampai 5 besen besar kat rumah.


21hb Jun ialah Hari Kelahiran Emak Tercinta + Hari Bapa. Kami adik beradik kumpul duit dan hadiahkan kad yang penuh dengan tanda tangan kami je ditambah dengan kek chocolate indulgence. Disebabkan ayah yang sibuk dengan program BTN nya, terpaksalah ubah plan dengan makan kek di Pizza Hut. Ayah belanja makan pizza kami sekeluarga kecuali adik saya seorang di SSP, Cyberjaya sebab dia nak SPM. Tidak dilupakan hari ni juga hari lahir abang seusrah saya di DQ, Ahmad Syafiq Jusoh. Smeoga Allah merahmati kalian. Amin.


22hb – 25hb Jun adalah hari2 persiapan sebelum melangkah ke UKM. Medical check up, barang2 dan lain2. Masih dalam persiapan. ‘alla kulli hal, semangat untuk teruskan perjuangan semakin meningkat tatkala menerima panggilan daripada naqib dan sahabat2 seperjuangan di UKM. Semoga kita sama2 menjadi mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, tetapi cemerlang dari segi sahsiah dan penglibatan dalam mendaulatkan agama Allah khususnya di kampus masing2.AMIN.


Ya Allah, kembalikan semangatku…


Muhammad Hafizan bin Abd. Hamid

www.tintadakwah.blogspot.com

1 comment:

akhis said...

~pnjg nye entry...
~tahniah dpt masuk UKM...