Followers

Minggu Mesra Pelajar MEMANDULKAN MAHASISWA??




Sedih dan kecewa, itu yang dapat saya simpulkan hasil orentasi pelajar baru di UKM. Hampir 3 ribu lebih pelajar baru yang mendaftar membawa harapan yang menggunung tinggi untuk menjadi seorang mahasiswa yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah, tetapi berkecai dan terkubur sekelip mata apabila terpaksa mengharungi seminggu orentasi yang sangat memualkan.


Apa tidaknya, seminggu kami diperbudak2an. Sume aktiviti saya rasakan tidak langsung menjana pemikiran sebagai mahasiswa, malah rasa seperti berada di sekolah rendah. Saya tidak dapat mengikuti keseluruhan aktiviti kolej kerana terlibat dengan debat. Alhamdulillah, dapat juga melarikan sekejap daripada aktiviti2 yang tidak bermoral tersebut. Tapi, bagaimana sahabat2 saya yang sefakulti pengajian Islam dengan saya??. Bagaimana pula dengan sahabat2 muslimah yang memakai tudung labuh tapi tetap melakukan gaya2 bodoh tepukan kolej?.


Tidak menjaga batas


Jika di kolej saya, pada waktu petang akan diadakan senaman ‘poco2’. Senaman@tarian ini diiringi muzik2 yang rancak diketuai seorang pemudah cara (pc) perempuan!. Dahla seorang perempuan yang mengetuai senaman tersebut, pemudah cara yang lain turut sama bergaya di depan mahasiswa baru dengan bercampuran lelaki perempuan. Allahuakbar!. Saya percaya ramai sahabat2 saya yang terkejut dengan budaya seperti ini. Ada yang ingin bersuara, tetapi takut. Sedikit demi sedikit mahasiswa berjaya dimandulkan.


Tidak cukup dengan itu, malam kebudayaan kami semua disajikan dengan tarian2 dan joget2 ntah datang daripada zoo Negara mungkin. Kesian dan sedih apabila ada 2 ke 3 orang sahabat2 yang memakai kopiah terpaksa tunduk dan menahan pandangan selama lebih 2 jam. Alhamdulillah, Allah beri kekuatan pada saya untuk tidak mengikuti langsung malam kebudayaan tersebut. Baru sahaja duduk dalam dewan selama 5minit, hati tidak tenteram melihat gelagat ‘monyet2’ berjoget. Terus sahaja saya tinggalkan dewan dan terus ke masjid UKM dan iktikaf di sana.


SPKG lebih hebat daripada penilaian Allah


Sistem Penilaian Kompetensi Generik (SPKG) adalah satu sistem penilaian yang sangat2 tidak adil. Saya tidak pasti cara pengiraannya yang tepat. Apa yang saya tau, 51% dinilai dari segi keaktifan pelajar di kolej2 kediaman masing2. Hebat perancangan musuh Allah. Penilaian yang banyak hanya di kolej sedangkan program langsung tidak mencerminkan akhlaq Islam yang sebenar malah tiada langsung ciri mahasiswa!. Mahasiswa baru pula ditakut2kan agar aktif kolej supaya SPKG tinggi dan tidak dibuang kolej. Allahuakbar!. Hebat sangat ke kuasa SPKG sampai terlupa penilaian Allah dan pencatat amalan kita yang setia iaitu Malaikat Raqib dan Atid.


Hanya tinggal amanat


Satu Malaysia, Satu UKM yang dicanang2kan Naib Canselor hanya tinggal amanat. Aktiviti perang DECTAR yang diadakan tidak langsung menunjukkan perpaduan, malah semangat kekolejan yang melampau pula yang timbul. Ejek mengejek berlaku, malah ada dikalangan pc hampir bergaduh semata-mata mempertahankan kolej masing2. Adus!!. Macam budak2. Bukan sahaja amanat Naib Canselor yang hanya tinggal kata2, malah kesemua nasihat dan tasyji’ daripada pensyarah2 dan pengetua kolej untuk memartabatkan mahasiswa dan menjadikan mahasiswa agen perubah hanya omong2 kosong daripada pc yang hanya pandai berkata2.


Justeru itu, saya menyeru kepada sahabat2 seperjuangan semua mari kita bangkit daripada tidur yang lena. Kita adalah pemikir dan penggerak ke arah kecemerlangan umat. Kita tidak mahu mahasiswa hanya cemerlang di bilik2 kuliah, malah cemerlang di tengah2 kecelaruan umat manusia sekarang. Jangan hanya menjadi mahasiswa yang lesu!. Kita hidup untuk akhirat dan jangan takut dengan sebarang ugutan dan hasutan keduniaan, tapi takutlah dengan neraka Allah yang Maha Dahsyat. Peringatan buat diri yang lupa khususnya.


Salam Mahasiswa!


Muhammad Hafizan bin Abd Hamid

Fakulti Pengajian Islam

Universiti Kebangsaan Malaysia

www.tintadakwah.blogspot.com

11 comments:

insan said...

salam,Ya Allah,,teruknya,ana pn dpt brita yg serupa dr fadhlan..takpe,yg pntg kita berusaha nak dakwah sang penjaga monnyet yg tidak henti2 inginkan mahasiswa yg sebenar tp hanya slogan sahaja.Semoga Allah beri kekuatan pd kalian..insya Allah..

$hakirShafiee™ said...
This comment has been removed by the author.
$hakirShafiee™ said...

Salam. Tu lah realiti orentasi kat me'sia. Ket pon kena mcm tu la. Sama dan serupa. Xde beza nya.Rasa mcm org tua yg dimandulkan jadi budak2. Kita jadi malu tersipu2. Xde lafaz dgn kata. Dpt melihat je. Tp sapa lah kita. Redha je lah.. Ket doa kan kamu jadi org yg hebat. Insyllah. Doakan kami kat cini.

Pena Daie said...

kita adalah ejen perubahan ya akhi...
moga kita terus thabat...

noor fatimah binti mujahid said...

semoga kesedaran dan semangat itu mencetuskan tindakan yang hebat sebagai mahasiswa islam disana.salam juang!

hasanhusaini said...

ana kenal nta sebagai org y sentiasa proaktif...bkn reaktif..ana ykin, akan terbit satu tindakan yg bakal menjadi 'big surprise' di ukm, hasil dr trbiyah celahan bukit di kiri kanan bukit...(kkb)

camarputih said...

slm adik bongsu yg bakal menjadi 'sulung' tidak lama lg..kuikui

arulz said...

kita perlu menjadi egen perubahan segera sebelum menjadi lebih parah..moga diberi kekuatan..insyaAllah...

mohd nasrul asyraf said...

jana wang hanya dengan klikrm 100 hingga rm 300 seminggu,seharijust view link kat bawah untuk maklumat http://jutawanklik.com?a_aid=7fd1a516

hafizquran said...

salam

xtau nak cakap apa..rasanya apa yg ana nak cakap adalah apa yg nta dah tau...:)

nta orang hebat...

2 je ana nak cakap,faham kan?:)

slm juang

Anonymous said...

stuju!!!
an pun x paham apa yg pc2 tu pikir..
kalau kata syg junior,jgn la benda tu yg diterap.terpesong betol!
Satu lg, ana sakit betul mata pndng cara pergaulan lelaki dan pempuan yg rasanya dah mcm semua tu adik beradik.Rasa tercalar maruah pempuan.