Followers

Palestin Menangis Lagi...


Alhamdulillah, waktu rehat kelas hadis hari ini Allah beri kesempatan untuk menulis. Kelmarin, sewaktu sedang mengikuti pengajian kelas hadis sunan tirmizi, ada satu pengumuman dibuat di depan masjid yang memberitahu tentang keadaan terkini umat Islam di Palestin. Di hujung pengumuman tersebut diseru untuk membaca yasin untuk para syuhada' yg telah syahid di jalan Allah. Jadi, selepas asar syeikh tidak meneruskan kelas hadis tetapi semua yang ada di dalam masjid tersebut membaca yasin dan berdoa kepada Allah sehingga maghrib. Ada perkara menarik dan penting untuk dikongsi bersama. Tapi bukan sekarang, masa mencemburui untuk ana menulis panjang. Insya Allah dalam 2@3 hari lagi selepas kelas hadis tamat, kita akan berkongsi.

..

HAMAS isytihar intifadhah ke3 apabila Gaza diserang dan dibom. Maklumat terkini 380 syahid dan 1600 cedera. Pendakwah Saudi, Iwad Qarni mengharuskan serangan ke atas semua kepentingan Israel di dunia kerana kekejaman mereka ke atas Gaza. Segala maklumat terkini tentang Palestin boleh didapati di http://www.palestine-info.info/

Ya Allah..

Bantulah saudara2ku di bumi barakah Palestin..

Amin ya Rabbal Alamin..

No comments: