Followers

Perlu ke berubah??

Setelah sekian lama blog ini menggunakan tema ‘sempoi’, maka tema kali ini lebih kepada perkongsian ilmiah dari segi penulisannya yang akan semakin ‘skema’.

” Mengapa ingin ubah trademark nta?,”seorang sahabat ana bertanya.

Ana hanya menjawab dengan senyuman mendengar kata-kata sahabat ana tadi lantas teringat kata-kata jadikan hari ini lebih baik dari semalam. Bukankah kita perlu tingkatkan diri kita untuk menjadi lebih baik?.

3 hari yang lepas, ana mendapat ilmu yang baru. Tiba-tiba hati tergerak untuk melawat blog Ustaz Hasrizal. Ustaz ada menegur sesetengah blogger yang menulis blog mereka seperti menaip sms, dengan keadaan ringkas, sempoi dan sebagainya. Sedangkan blog untuk diambil manfaat bersama. Berkongsi ilmu, pengalaman dan apa yang kita ada untuk memberi manfaat kepada diri kita sendiri dan orang lain. Tapi jika kita sahaja yang paham dan hanya segelintir orang yang rapat dan mengenali kita sahaja yang faham, alangkah ruginya penulisan tersebut yang sepatutnya boleh dikongsi manfaat untuk semua umat manusia.

Sudahlah tiada ilmu yang berguna untuk dikongsi, penulisan pula terlalu ringkas dan sempoi, maka ini menjadikan mad’u yang sepatutnya ramai semakin berkurang untuk membaca. Ini penilaian ana terhadap blog sendiri selepas membaca teguran Ustaz Hasrizal. Teguran yang sangat berguna dan membina. Maka berubahlah!

1 comment:

Julian K said...

Thiis is a great post