Followers

Diari Kehidupan di Bumi Barakah Damsyiq..siri 12

Hikmah Musim Sejuk

Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Begitulah pegangan setiap umat manusia yang bergelar hamba Allah dan khalifah yang taat dan patuh pada setiap arahan dan perintah Allah.

“Wah, bestnye duduk di tempat yang ada 4 musim. Tambah-tambah lagi musim sejuk. Boleh main salji. Mesti seronok kan??!”

“Ya Allah, bila ana dapat pergi sana pula. Ana pun nak rasa macam mana musim sejuk tu, asyik pegi kat Cameron Highland je.”

“Beruntungnya nta dapat belajar di bumi barakah, siap ada musim sejuk lagi”

Pelbagai reaksi daripada sahabat-sahabat di Malaysia apabila mengetahui tentang keadaan di bumi barakah ini yang baru masuk musim sejuk atau fasal syita’. Mereka sangat kagum dengan kehebatan Allah. Subhanallah.

Tetapi, lain pula reaksi sahabat-sahabat ana di sini.

“Ya Allah, dah masuk musim sejuk ni. Macam mana la ana ni nak tahan, dah la kurus kering”

“Ya Rabb, cepatnya musim sejuk kembali. Lepas ni leceh sikitla sebab kena pakai baju berlapis-lapis, susah nanti nak ambil wudhu dan istinja’”

Teringat pula lirik lagu Raihan;

Apa yang ada jarang disyukuri.
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikejar belum kan terasa
Bila hilang apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Itulah sifat manusia seperti kita, tidak nampak dan menghargai nikmat yang ada di depan mata. Kalau kita kaji, mesti ada hikmah di sebalik musim sejuk kan.

Pertama, inilah ujian Allah kepada hamba-hamba Nya. Allah nak uji iman kita. Adakah musim sejuk tiba, kita jarang untuk solat jemaah di masjid?. Adakah musim sejuk tiba menyebabkan kita lambat bangun subuh walaupun sudah banyak tidur pada malam yang sangat panjang? Adakah musim sejuk tiba menyebabkan jadual talaqqi kita tertangguh?

Firman Allah:
Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan mereka beriman sedangkan mereka belum diuji? (29:2)

Musim sejuk sebenarnya mendidik diri kita untuk lebih berdisiplin kerana walau Allah uji dengan angin yang sejuk kita masih tetap dengan jadual sebagai seorang pelajar yang mukmin. Ini baru ujian yang sangat sedikit kesannya jika nak dibandingkan dengan ujian para sahabat dan para anbiya’ yang bermandikan darah.

Fasal syita’ ini juga mendidik diri kita untuk menjaga wudhu’. Apa tidaknya, 5 kali sehari semalam yang wajib kan. Sebelum solat pula perlu ambil wudhu’. Maka kita dengan sendiri mendidik diri untuk sentiasa berada dalam berwudhu’.

Selain itu juga, antara perkara paling penting dalam musim ini ialah kita dapat menjaga mata dan hati. Sudah tentu kita dapat menjaga sedikit hati yang kian senget hari ke hari kerana semua lapisan masyarakat akan menutup tubuh mereka dengan rapi. Tambah-tambah lagi perempuan-perempuan yang memakai agak keterlaluan ketika musim panas, tetapi akan menutupi semuanya apabila tiba musim sejuk. Hebat Allah Taala susun kan. Hanya tinggal kita untuk menghayati dan mendalami segala ujian dan ketetapan dari Allah.

No comments: