Followers

LIFE 2011: Saya Sayang Kalian Kerana Allah



Alhamdulillah, selesai sudah satu program besar bagi Ikatan Studi Islam UKM bagi sesi kali ini iaitu Program Love Islam For Eternity (LIFE'11). Program ini telah berjalan di Masjid Putra, Putrajaya bermula 14-16 Oktober 2011. Seramai hampir 100 peserta telah selamat dengan jayanya menghabiskan program yang berakhir dengan slot kembara. 

LIFE kali ini betul-betul laain sikit. Dengan penceramah yang menghiasi majlis ilmu bukan calang-calang orang seperti Ust Rashidi Jamil, Ust Zamri Zainuldin, Dr. Zaharuddin Abd. Rahman, dan Ustazah Sharifah Fatimah. Saya tidak berhasrat untuk menceritakan keseluruhan perjalanan program, cuma saya ingin berkongsi rasa tentang satu slot yang sangat menyentuh hati saya.

Sekuntum Cinta Rabhitah


Slot kembara kali ini mempunyai 10 check point dan saya telah diberi amanah untuk menjaga check point yang ke-4 iaitu slot sharing moment. Slot cetusan rasa atau perkongsian hati ini lebih kepada perkongsian ringkas peserta mengenai perjalanan keseluruhan program LIFE dan cabaran yang dihadapi sebelum sampai ke tempat program. Allahu Rabbi, hati saya mengucap lafaz syukur dengan adanya perkongsian daripada adik beradik LIFE. Segala perkara yang diucapkan merupakan satu muhasabah yang baik buat saya.

Dengan keadaan peserta yang baru mendaftar, ditambah dengan sebulan minggu mesra pelajar membuatkan saya sebak mendengar cetusan hati mereka. Saya kongsikan beberapa pandangan dan cetusan hati mereka tatkala air mata mengiringi.

"Sejak keluar daripada sekolah, baru hari ini saya mendapat biah solehah (suasana yang baik) dalam program ini"

"Saya baru setahun jagung berubah, rasa seronok sangat dalam program ini"

"Saya tolak untuk pergi ke latihan pendebat UKM untuk menghadiri program LIFE"

"Semua persoalan mengenai aqidah telah selesai selepas mengikuti slot dalam program ini"

"Saya bukan sahaja disindir untuk ke Prog LIFE, tetapi saya join ISIUKM pun dah macam-macam orang cakap"

"Hari ini kakak saya kahwin, tapi mak saya suruh saya teruskan berprogram"

Allahu Rabbi. Sehebat itu ujian dan halangan serta pandangan kalian untuk ke Program LIFE. Sungguh ! Saya sayang kalian kerana Allah. Doa saya sentiasa mengiringi kalian. Semoga Allah memberikan kita kekuatan ukhuwah dan kekuatan dalam memperjuangkan agama Nya di atas muka bumi ini. Amin ya Rabb.

Muhammad Hafizan Abd Hamid
Presiden
Ikatan Studi Islam UKM

1 comment:

lavender13 said...

Allohu Robbi... rase mcm dekat jer ayt2 ni semua.. masih trngiang2 balik situasi shbt2 time tu.. Allahu akbar