Followers

ISIUKM Mendoakan Pesta Konvokesyen UKM ke-39 Berjalan Lancar



Kami di peringkat kepimpinan Ikatan Studi Islam UKM mendoakan agar Pesta Konvokesyen UKM ke-39 yang dijalankan oleh Sektariat Pesta Konvo UKM berjalan dengan lancar seperti yang dirancang apabila ianya bermula esok.

Kami turut mendoakan agar pesta konvo yang berlansung pada tahun ini menjadi titik tolak kepada perubahan paradigma sebuah pesta yang sebelum ini sering kali terpalit dengan cerita-cerita yang tidak enak dan menjejaskan kredibiliti badan penganjur utama pesta tersebut iaitu Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM).

Kami yakin, Pesta Konvo ke-39 yang diketuai oleh Saudara Mohd Faizal bin Ahmad sebagai Pengarah Eksekutif mampu menjulang nama UKM di mata masyarakat dengan imej sebuah keraian yang begitu komited membawa budaya keintelektualan dalam setiap program yang dirancang. 

Berpijak dengan dunia yang realiti, kami amat berbangga dengan perubahan yang cuba dibawa oleh Sektariat Pesta Konvo pada sesi ini apabila berani menampilkan imej yang lebih mesra Islam meskipun pelbagai tohmahan dan tentangan mereka terima daripada pelbagai pihak. Sedarlah, sebuah perubahan itu pasti berlaku dan kami yakin, inilah titik tolak kepada sebuah perubahan yang dijanjikan.

Kami mendoakan agar rakan-rakan sektariat terus tabah dan kuat sepanjang menghadapi mehnah seminggu menguruskan sebuah progran terbesar di bumi UKM ini. Dengan harapan, segala pengorbanan rakan-rakan bukan sahaja mendapat sanjungan dan pujian masyarakat sekitar bahkan mendapat nilai di sisi Tuhan yang Maha Esa.

Kami turut ingin mengajak rakan-rakan mahasiswa yang lain untuk kita sama-sama memberi sokongan kepada Pesta Konvokesyen UKM ke-39 yang bakal bermula pada esok hari dengan memeriahkan setiap program dan aktiviti yang dijalankan. Gunakan kecanggihan teknologi Facebook, Twitter dan blog yang ada untuk menyebarkan seluas mungkin setiap aktiviti yang dijalankan pada pesta kali ini.

"Apresiasi Melestari Kecemerlangan"
"Bersama Melangkah Menginspirasi Ummah"


Muhammad Hafizan bin Abd Hamid
Presiden 
Ikatan Studi Islam UKM

1 comment:

Anonymous said...

SUPER SURAM...
SEDIH!!