Followers

Kita Merdeka?



2 Syawal 1432 H jatuh pada 31 Ogos 2011 yang juga merupakan Hari Kemerdekaan negara kita. Pelbagai persoalan yang perlu kita persoalkan pada diri kita mengenai Kemerdekaan.

Adakah dikira Merdeka dengan hanya laungan 'Merdeka !' sebanyak 3 kali?
Adakah dikira Merdeka dengan hanya meletakkan bendera Malaysia di hadapan rumah atau di atas meja juga di cermin kereta?
Adakah dikira Merdeka dengan hanya menyatakan 'Aku Sayang dan Cinta Malaysia'?
Adakah dikira Merdeka dengan hanya menuduh orang lain buta sejarah?
Adakah dikira Merdeka dengan hanya menyatakan 'Aku Benci Komunis'?

Pelbagai tafsiran manusia mengenai erti kemerdekaan. Bagi saya, perlembagaan utama dan pertama dalam hidup saya ialah Al-Quran. Rasulullah saw pula pejuang kemerdekaan terulung yang tiada tolok bandingannya. Maka saya merasakan bahawa erti kemerdekaan yang sebenar ialah meletakkan syariat Allah yang paling tinggi dalam kehidupan. Siapa pula penjajahnya? Penjajah pula ialah yang melawan Al-Quran juga Sunnah Nabi saw. Anda pula bagaimana?



Muhammad Hafizan bin Abd Hamid