Followers

Erti Syukur


Hari ini saya mengimamkan Solat Tarawikh bersama anak-anak yatim dalam program bersama Jiran Sepakat. Seusai program berakhir, saya berkesempatan membuka televisyen dan menonton sebuah cerita Hindustan yang sudah lama tetapi cukup mengusik emosi saya untuk mencoretkan sesuatu.

Taare Zameen Par menceritakan kisah kanak-kanak disleksia yang kurang mendapat perhatian dalam kelas. Saya tidak berniat untuk mengulas kesemua sudut dari cerita ini, cuma ingin berkongsi beberapa isi penting yang boleh diambil iktibar oleh semua khususnya kepada diri sendiri. Ulasan mengenai cerita ini mungkin boleh diambil daripada blog sahabat saya yang juga Timbalan Presiden PMUKM, YB Mohd Abdullah Bin Mohammed Yusof.
 
Erti Syukur

Antara pengajaran terbesar yang saya ingin kongsikan ialah erti Syukur. Kanak-kanak disleksia dalam cerita ini mengajak kita untuk melihat kehebatan Allah pada diri kita sendiri. Pernahkah kita merasai kehebatan Allah ketika kita melihat jari bergerak, melihat rambut yang sedia ada tumbuh setiap kali dipotong atau rasa bersyukur ketika diuji dengan kesakitan seperti demam?. Allahu Rabbi. Walau apa pun keadaan kita, sedarlah sebenarnya Allah tidak pernah menzalimi hambaNya.

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."
Surah Tiin, Ayat 4

Perkara ini jelas menunjukkan kelemahan kita sebagai hamba yang tiada erti tanpa pencipta atau Tuhan. Allah juga mengingatkan kita bahawa tiada yang lebih berkuasa dan agung daripada Nya. 

Kepentingan Berjemaah


Melihat percaturan Allah yang cukup hebat, maka sekali lagi saya bersyukur dipertemukan dengan jemaah Islam. Satu ikatan yang cukup kuat terpatri hanya kerana ikatan aqidah yang sama dalam memastikan Isla sentiasa berada di tempat yang selayaknya. Tidak pernah merancang untuk bertemu, walau tiada ikatan dan pertalian darah, tetapi mengharapkan rahmat dan kasih sayang Allah dalam setiap tindakan dan gerak kerja. Inilah jemaah !

Allah mengajar kita untuk berjuang dalam satu saff yang teratur bagai satu binaan yang kukuh. Ibarat ada yang berperanan sebagai tapak, ada berperanan sebagai tiang, dinding dan banyak lagi untuk melengkapi menjadi sebuah bangunan yang kukuh. Begitu juga dalam jemaah. Setiap individu mempunyai kekuatan, potensi dan kemahiran yang berbeza. Maka ketika ia disenergikan akan menghasilkan momentum dan kuasa luar biasa. Subhanallah !

Muhammad Hafizan bin Abd Hamid

3 comments:

Ibn_kadir said...

wah...dah update blog..bagus2x. bersemangat saya untuk mengupdate blog juga...

Asiyah Yusra said...

Semangat juga saya membacanya..

Srikandi Al-Azwar said...

Salam jihad buat sahabat satu saff perjuangan. Ya, jarangkali kita merasa syukur atas nikmat berjemaah. Alpa kita dr rasa syukur buat kita sering lalai dlm bergerak kerja. menjadikan kita lengah dlm memikul amanah dari Allah. Teruskan perjuangan! Moga istiqamah.. ~Salam dr sahabat UMS~