Followers

Perutusan Presiden Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM)


الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام علي النبي المصطفى المبعوث رحمة للعالمين إمام المتقين
وقائد الدعاة المجاهدين ونسلم على سائر أصحابه ومن اقتدى بقدوته إلي يوم الدين


Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Allah s.w.t kerana limpah kurnia Nya, kita masih berada bersama nikmat Iman, Islam dan Ihsan.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga baginda, para sahabat serta tabien, tabi’ tabien dan para mujahid yang sentiasa meletakkan syahid sebagai hala tuju utama kehidupan mereka.Firman Allah s.w.t yang
bermaksud:
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. 
(Surah As-Saff: 4)
Allah s.w.t menegaskan dalam ayatNya di atas untuk menunjukkan kepentingan dan hikmah besar berada dalam sesebuah jemaah atau organisasi dalam memperjuangkan Islam. Kepimpinan tidak boleh lari daripada 2 elemen penting iaitu pemimpin dan orang yang dipimpin. Justeru itu, kombinasi antara dua pihak ini seharusnya berjaya membentuk susuk tubuh kepimpinan yang utuh bagi memastikan misi dan agenda Ikatan Studi Islam UKM dapat direalisasikan dan menjadi inspirasi serta contoh yang baik kepada ummah.

Akhirnya, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh adik beradik ISIUKM khususnya mantan pimpinan yang banyak memberikan bantuan dan kritikan membina bagi meneruskan agenda besar ISIUKM. Semoga ISIUKM terus istiqamah menyusuri hari-hari akan datang sebagai wadah yang sentiasa relevan dan mampu diterima oleh seluruh warga UKM.

Salam perjuangan dari saya mewakili saff kepimpinan ISIUKM sesi 2011/2012.
“Bersama Melangkah Menginspirasi Ummah”

Muhammad Hafizan Bin Abd Hamid
Presiden Ikatan Studi Islam UKM

No comments: