Followers

Selamat Datang ke UKM



Alhamdulillah, kemasukan bakal mahasiswa baru ke perbukitan ilmu UKM pada 4 Julai 2010 seolah-olah memberi semangat dan nafas baru kepada saya untuk menulis di blog yang telah sekian lama bersarang. Kemasukan mereka memberikan satu muhasabah yang cukup bermakna buat diri ini. Adakah setahun saya di UKM, sudah melaksanakan tugas amar ma'ruf nahi munkar dan menjalankan semua tugas para Nabi sebaik mungkin? Ya Allah, Kau kuatkan kaki hamba Mu ini untuk terus istiqamah berada di jalan Mu.. amin

Persiapkan diri

Saya bukanlah insan yang layak untuk menasihatkan mahasiswa dan mahasiswi baru, cukup sekadar perkongsian yang sedikit dan menyahut apa yang dipesan Nabi saw sebagai menyampaikan sesuatu walaupun satu ayat. Lazimnya, mahasiswa yang bakal mendaftarkan diri akan mempersiapkan diri mereka dengan segala kelengkapan fizikal dan material. Tetapi, apa yang saya ingin kongsikan ialah bagaimana persiapan diri dari sudut yang lain?. Adakah anda semua sudah bersedia?

Jika dilihat dunia kampus yang cukup mencabar, mahasiswa perlu mempersiapkan diri dengan kekuatan spiritual yang cukup kuat. Bukan sekadar mempunyai pendirian yang utuh terhadap kebenaran malah mampu memberikan hujah dan sentiasa mempunyai sikap ambil peduli yang tinggi terhadap dunia di sekelilingnya. Mahasiswa jangan sekali-kali diperbodohkan dan mengikut sesuatu perkara tanpa ada hujah dan dalil yang kukuh! Anda mampu menilai sebaiknya!

Bukan sekadar bilik kuliah

Mahasiswa biasa diingatkan untuk mendalami ilmu dan menjadi pakar dalam bidang masing-masing. Tetapi, persoalan yang lebih penting, adakah ilmu hanya berada di sekitar bilik kuliah?. Adakah cukup untuk berhadapan dengan masyarakat luar dengan ilmu di bilik kuliah?. Mahasiswa perlu mendidik diri dengan mendapatkan soft skil yang bersepah-sepah di luar bilik kuliah. Penglibatan anda dalam persatuan adalah salah satu cara paling efektif untuk mendapatkannya.

Ikatan Studi Islam UKM atau ISIUKM adalah sebuah persatuan mahasiswa Islam induk di UKM. Bukan sahaja menyediakan platform kepada mahasiswa untuk mendapatkan soft skil, ISIUKM komited dalam memberi kefahaman Islam yang sebenar dan memperjuangkan kebajikan kepada seluruh warga kampus khususnya kepada mahasiswa.

Muhammad Hafizan bin Abd Hamid
Setiausaha Agung ISIUKM
Jab. Al-Quran dan As-Sunnah,
Fakulti Pengajian Islam
013-2129365

1 comment:

'Aishah Jauhara said...

Tahniah dan takziah kepada bakal mahasiswa/i UKM.

Orang yang dekat ni,tak ada rezeki pula nak masuk UKM. Doakan kami jua di kampus lain..

Barokallah..