Followers

Raya dan Pilihan Raya

Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk mencoret serba sedikit perkongsian dalam ruangan ini. 11 Syawal 1430H, barulah hati terasa ingin menulis. Rasa sedih, gembira saling bercampur saat diri memasuki bulan Syawal. Adakah TAQWA yang menghiasi diri setelah berakhirnya madrasah Ramadhan?. Adakah kita salah seorang pengunjung rumah lailatul qadar pada Ramadhan yang lepas?. Adakah masih ada ruang untuk menjadi graduan Ramadhan akan datang?

Syria dan Malaysia


Jamuan selepas menunaikan solat sunat di rumah kedutaan Malaysia di Syria

Suasana Syawal kali ini memang berbeza daripada tahun lepas. Jika tahun lepas, Syawal di Syria memang sangat unik. Mana tidaknye, semua yang tidak tahu memasak, tetibe boleh memasak rendang, mee goreng dan lain2. Sungguh lucu dan jangan tanya bagaimana rasanya. Ditambah pulak ketika mengemas rumah dan sibuk memasak, lagu raya dari Malaysia dipasang, aduhai syahdu rasanya berhari raya tanpa keluarga tercinta.

Hanya setahun beraya di Syria, kali ini beraya di tanah air kembali. Aktiviti salam dan bermaafan adalah agenda penting dalam keluarga saya selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri. Cuma, Syawal kali ini tidak bermalam di Muar seperti Syawal2 sebelum ini. Tapi, rumah saya yang menjadi tumpuan mak cik2 dan pak cik2 kerana atuk menetap di rumah saya sekarang.

Dun Bagan Pinang

Tahun ini bukan sekadar sibuk ingin menyambut Hari Raya, malah sibuk juga membantu pilihan raya. Pilihan raya kali ini sangat penting bagi semua. Jika sebelum ini, kesemua pilihan raya kecil dimenangi oleh PR kecuali Bukit Selambau adalah kubu kuat PR. Tapi, kali ini sebaliknya. Tempat yang menjadi tumpuan kononnya kubu kuat BN. Wallahualam, 'ala kulli hal, perjuangan tetap diteruskan. Calon pun sudah diketahui ramai, Mari sama2 memenangkan Islam. Tiada yang lebih tinggi melainkan Islam.

Jangan lupa amik kesempatan untuk berpuasa enam hari di bulan ini. Rebutlah ganjaran berpuasa enam yang telah dijanjikan Nabi saw dalam hadisnya. Semoga banyak manfaat untuk diri sendiri khususnya dan smua pendokong dan petugas Islam agar dapat memberi saham kepada kemenangan Islam, insya Allah.

Muhammad Hafizan bin Abd Hamid
www.tintadakwah.blogspot.com

No comments: