Followers

Syria yang dirindui...


6 Ramadhan 1429H

Selepas sahur bersama keluarga, ayah memberitahu supaya hari ini kita bersolat subuh berjemaah di rumah. Terlihat di wajah emak yang menahan air matanya bercucuran jatuh.

Aku mengimamkan solat subuh tersebut.

Sedang mengimamkan bacaan doa, terdengar esakan kecil daripada emak di saf belakang.

Hatiku sedih dan sayu.

Selesai doa, emak dan ayah terus memelukku dengan erat sambil terus menangis.

Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk meneruskan jihad ilmu di Dataran Syam.



Ayah, Emak dan Kak Ijah mengiringiku ke KLIA. Sejam lagi, kapal terbang milik Gulfair akan membawaku bersama sahabat2 seperjuangan terbang jauh ke Syria.

Kami transit di Bahrain dan diberikan satu bilik di hotel untuk setiap 4orang bagi menunggu flight keesokannya ke bumi barakah Damsyiq.


Di hotel Bahrain ketika transit sebelum ke Syria

2 hari kami bermusafir ingin ke sana. 2 hari jugalah kami mengambil ruhksah musafir dengan berbuka di dalam kapal terbang.

Lebih kurang jam 2 petang waktu Syria, kami tiba di matar Damsyik.

Syukur, terharu dan gembira apabila kesemua daripada kami melepasi ‘halangan dan cabaran’ sepanjang berada di matar. Kami disambut dengan penuh mesra dan ramah daripada abang2 dan akak2 senior di Darul Quran JAKIM satu ketika dahulu. Ya Allah, hebatnya ukhuwah kerana Mu.

Berpuasa di bumi orang, sudah tentu banyak perbezaannya ditambah sedang berada dalam fatrah musim panas peringkat akhir.

Aku rindu suasana berpuasa di Syria.

Aku rindu suasana tabarru’ yang sangat hebat dikalangan warga Syria.

Aku rindu ingin bersolat tarawikh di Jami’ Zaid, Jami’ Rifaie, Jami’ Mansur dan Jami’ Manja’.

Aku rindu untuk bergurau senda bersama Syeikh Hani As-Sa’di.

Aku rindu pada bumi barakah Damsyiq.

Inilah antara tempat yang paling aku rindu untuk kembali ke sana selepas Mekah dan Madinah.

Semuanya masih segar di ingatan walaupun ketika ini, jika aku masih di Syria genaplah setahun aku di bumi barakah tersebut.

Kita merancang, Allah juga merancang. Tetapi perancangan Allah adalah sebaik2 perancangan.



Semoga impianku ingin kembali ke Syria tercapai. AMIN.

Muhammad Hafizan bin Abd Hamid

6 Ramadhan 1430H

www.tintadakwah.blogspot.com


1 comment:

abu muaz said...

Salam ramadhan. Semoga cita-cita anda dimakbulkan illahi.