Syurga di bawah tapak kaki ibu.
“Betul ke?,” tanya si anak kecil ketika mendengar ulasan bicara agama di radio.
“Cuba ibu angkat kaki ibu, abang nak tengok macam mana yang kata hebat sangat syurga tu”
Ibu tersenyum seketika. Anak kecil yang bersih ini perlu mendapat didikan dan teguran yang penuh bermakna daripada ibunya.
“Abang, itu hanya kiasan” ibu memulakan bicara.
“Syurga ialah satu tempat yang sangat indah selepas kematian. Semua orang berlumba-lumba dan berebut2 untuk memasukinya. Tapi syurga hanya untuk orang yang layak dan dipilih Allah sahaja. Jadi, takkanlah syurga ada bawah tapak kaki ibu.” Si ibu memberi penjelasan ringkas.
Kunci Syurga
Kunci syurga wanita selepas berkahwin adalah suami. Semua perkara yang diminta oleh si suami selagi tidak melanggar syara’ adalah perkara wajib yang perlu ditaati. Suami adalah selepas Allah dan Rasul. Ini prinsip yang betul. Ramai juga yang tertipu apabila menganggap suami adalah segala2nya sehingga mengabaikan dan melanggar suruhan dan larangan Allah dan Rasul. Hadis Nabi saw juga banyak menceritakan bagaimana akhlaq seorang isteri yang sepatutnya terhadap suami.
Ada sesetengah masyarakat yang keliru. Jika suami kunci syurga isteri, mesti isteri juga kunci syurga bagi suami. Masalah besar!. Dayus, bacul dan istilah2 lain mula timbul apabila si isteri mula mengawal suaminya. Perkara ini perlu difahami dengan jelas. Kunci syurga bagi seorang lelaki adalah ibu atau mak. Bukan makwe, tetapi mak kandung. Jangan tertukar atau sengaja tukar!.
Pengalaman bersama ibu-ibu
Ana anak ke-5 daripada 6 orang. Kak long dan kak ngah sudah berumah tangga. Kak long sudah mempunyai dua cahaya mata. Dia lebih selesa dipanggil ibu oleh anak2nya. Kak ngah pula baru beberapa hari bergelar seorang ibu. 11.59 malam, 8 Mei 2009 kak ngah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Hani Qistina. Kak ngah pula memilih mama sebagai panggilan untuk anaknya kelak.
Susah payah ketika berpantang, gelagat bayi dan anak kecil yang perlu dilayan serta soalan yang bertubi2 dari tetamu yang ziarah adalah pengalaman kecil yang bermakna bagi ana. Melihat perkara tersebut, teringat cerita mak tentang perihal ana sewaktu zaman kanak2 dahulu.
Mak sumber inspirasi
Mak ana dulu bertugas sebagai Pegawai di Pejabat Haiwan N9. Tapi mak letak jawatan sebab lahirkan ana. Sebab apa ye? Xperlu cerita lah. Yang penting, besarnya pengorbanan mak sampai terpaksa letak jawatan selepas melahirkan anaknya yang nakal ini.
Sewaktu sekolah rendah, bola sepak adalah perkara yang paling digilai. Sehinggakan satu hari ketika darjah 3, ana pernah main bola sepak sehingga pecah cermin kereta guru besar. Uish, satu perkara yang amat menakutkan. Perkara ini bersangkut paut dengan pelbagai perkara sehingga mak dan ayah dipanggil disekolah. Teringat kata2 mak selepas peristiwa ini. “Uda kena belajar rajin2 dan buktikan kepada pengetua yang uda bukan nakal. Uda kena tunjukkan melalui peperiksaan PTS ni”. Berkat doa mak, ana berjaya dalam PTS.
Masuk ke alam menengah, lain pula ceritanya. Selepas mendapat 5A dalam UPSR, ana ditawarkan ke Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar. Tapi, surat tawaran ke sekolah sains tersebut disorok ayah dan dimaklumkan kepada ana seminggu selepas tarikh tutup pendaftaran. Alangkah sedihnya hati bila tidak dapat masuk ke sekolah sains. Hampir seminggu tidak bercakap dengan ayah. Mak mendekati ana dengan kata2 azimatnya. “Ayah dan mak nak anak2 kami belajar sekolah agama dulu. Lepas ni, kalau mak mati, uda la yang kena uruskan jenazah mak”. Nasihat ini membuatkan ana terus belajar agama di SMKA Sheikh Hj Mohd Said.
Sampailah sekarang, segala kata2 dan teguran mak adalah sumber inspirasi diri ini selepas Allah dan Rasul. Semoga Allah panjangkan umur mak. Semoga Allah rahmati kehidupan mak di dunia dan akhirat. Amin. Uda sayang mak.. mmuaah..=) Selamat Hari Mak.
p/s: Selamat Hari Ibu juga kepada sahabat seperjuangan Ustazah Syazila dan yang baru bergelar ibu semalam iaitu Ustazah Hamizah. Semoga anak2 antuma sama hebat seperti ibunya..amin.
Anakmu yang nakal,
Muhammad Hafizan bin Abd Hamid
3.00 petang, pejabat I. P. Minda Sdn. Bhd
www.tintadakwah.blogspot.com
4 comments:
Mak pijan dulu dr vet ker?
Assalamualaikum abg pijan..nakal jugak abg ye dulu2..terbaik setakat ni!
to balkhis: ntahla..ana pn xtau..akak2 ana ckp mak ana keje sbg pegawai kanan kat sane je..wallahualam..
to taufiq: dulu2 je..skrg baik.. baik???..hehe..terbaik setakat ni!
masyaallah..syazila n hamizah dah jd ibu?..tahniah2..semoga anak dorang lbu hebat dr ibu mereka
Post a Comment