Followers

Hari Bersejarah

29 Mei mesti sangat bermakna bagi insan yang menyambut ulang tahun kelahiran.


29 Mei mesti sangat bernilai bagi suami isteri yang menyambut ulang tahun perkahwinan.


29 Mei mesti sangat istimewa bagi sesiapa pencinta seni yang menghayati perjuangan seni Allahyarham P. Ramlee.


29 Mei mesti sangat kelakar dan teruja bagi warga staf I. P. Minda kerana sibuk recording lagu alFateh


Tetapi..


29 Mei 1453 mesti sangat berharga bagi seluruh umat Islam kerana ia merupakan tarikh keramat pembukaan Konstantinopel.


Bukan sekadar tarikh


Sesuatu peristiwa yang diingati tarikhnya pasti menjadi satu sejarah yang bermakna bagi seseorang individu. Ia bukan sekadar nombor biasa, malah boleh jadi yang menyambut hari lahir pada hari ini akan meraikannya dengan lafaz syukur yang tidak terhingga kepada Allah kerana masih diberi nikmat di atas bumi yang penuh fana. Tidak lupa juga pada yang menyambut ulangtahun perkahwinan, ia pasti menambahkan lagi rasa saying dan cinta pada pasangan masing2 selepas Allah dan Rasul.


Tidak kurang hebatnya bagi staf di pejabat I. P. Minda Sdn. Bhd. Sejak daripada malam semalam, saya dan abang Syaari tidak mampu menahan gelak melayan kerenah suara sendiri untuk dibuat recording lagu alfateh ciptaan beliau. Kami bergabung suara pada mulanya. Tetapi, akibat sumbang yang terlalu teruk, kami terpaksa menyerahkan tugas vokalis kepada ustaz Hassan dan ustaz arif. Maka abang Syaari sebagai komposer dan saya sebagai produser. Sungguh lucu, satu hari duduk di pejabat hari ini sejak pagi, semua sibuk untuk recording lagu ALFATEH. (video lagu boleh didapati di sini)


Sultan luar biasa




Mutakhir ini di Malaysia, institusi raja sering dipertikai malah sering mendapat pandangan buruk daripada rakyat. Tetapi ia jauh lebih berbeza pada zaman Sultan Muhammad Al-Fateh. Baginda adalah seorang raja yang berusaha, berfikir dan bertindak secara luar biasa sehinggakan ketokohannya diiktiraf Nabi saw.


Hadis Nabi saw:

Akan dibebaskan kota kostantinopel itu. Maka sebaik-baik raja, itulah rajanya. Sebaik-baik tentera, itulah tenteranya.


Sultan Muhammad al- fateh adalah seorang pemimpin muda yang mempunyai semangat dan hati yang kental dalam menghadapi segala mehnah dalam berjuang. Walaupun mempunyai sedikit perasaan resah dan hampir berputus asa setelah buntu memikirkan jalan kemenangan, orang pertama yang dirujuk ialah ulama’. Inilah jiwa pemimpin. Tidak ada perasaan malu untuk rujuk orang yang lebih ‘alim dan wara’ dalam setiap keadaan yang merunsingkan.


Hari ini, sudah ramai yang mengkaji kehebatan Sultan Muhammad al-Fateh. Antara yang menulis tentang kehebatan Muhammad al-Fateh ialah YB Husam Musa baru2 ini, Ust Wan Ji, Abang Syaari dan ramai lagi. Mereka mula membongkar dan menyelongkar segala rahsia dan kekuatan dalam strategi perang dan cara pemikiran baginda sultan. Tidak dilupakan kepada naqib kesayangan, Abang idris yang turut menulis dan memberi kredit kepada perjuangan dan motto hidup Abu Ayub al-Ansari.


Didik masyarakat dengan sejarah Islam


Semua rancangan sembang pagi di kesemua rangkaian televisyen pagi tadi seperti MHI, Nasi Lemak Kopi O, stesen radio dan akhbar majoriti semua melaporkan dan membincangkan tentang seniman P. Ramlee.Tiada yang membincangkan tentang sejarah Islam yang agung ini. Justeru, mari kita didik masyarakat di sekeliling kita agar lebih membincangkan segala perkara berkaitan Islam atau kaitkan segala perbincangan semasa dengan agama Allah ini agar kita sentiasa bermuhasabah bahawa kita sebenarnya tiada sumbangan pada agama Allah. Allahu rabbi.


Ayuh, terus bongkarkan segala strategi dan cara pemikiran pemimpin Islam di zaman dulu. Perhangat dan perluaskan segala skop dalam pengkajian tentang sejarah, cara pemikiran, dan lain2 agar masyarakat yang bangga dengan institusi bangsa yang diperjuangkan sedar dan muhasabah bahawa Islam adalah perkara utama yang perlu dititik beratkan. Semoga banyak manfaatnya untuk kepimpinan dan ‘amilin Islam pada hari ini bagi meneruskan agenda yang masih belum selesai.


Muhammad Hafizan bin Abd Hamid

www.tintadakwah.blogspot.com

3 comments:

Sarah Mustaza said...

Salam dari mesir.
Hmm ana pun baru tau tarikh bersejarah ni.
Thanks 4 d info.

HAFIZ said...

Salam,dari bumi Syam..Sama la dengan ana,ana pun baru tahu tarikh ini..emmm Sultan Muhammad al- fateh ni salah satu idola ana..hehehehe..ingat dulu tengok cerita karton Sultan Muhammad al- fateh,macam mane strategi dia nak tawan konstantinopel..memang terbaik laaa..

Amirez said...

duk kat ofis hari tu rasa mcm duk dlm studio rakaman pulak hehe