1. Setiap manusia mempunyai ego tersendiri. Lelaki dengan cara ego mereka, perempuan juga tidak terkecuali. Malah lebih parah apabila kaum nisa’ ini mencampurkan ego mereka dengan emosi yang sering menguasai diri. Ana tidak menyebelahi sesiapa. Tidak kisah lelaki atau perempuan, kita semua perlu kikis sifat ini secara berperingkat2.
2. Perkara yang lebih MENYEDIHKAN HATI ialah orang yang tinggi dan hebat ilmunya tetapi tidak boleh menerima pendapat orang lain atau orang bawahan, orang yang banyak dan luas pengalamannya tetapi tidak mampu berkongsi pengalamannya malah menyombong diri dengan pengalaman yang dia ada, orang yang senior dari segi umur tetapi tidak pandai meraikan adik2 yang lebih junior dari segi umur.
3. Jika egonya tinggi, orang yang berilmu dan banyak pengalaman akan menganggap dia sahaja yang hebat. Semua pandangan dan kata2 nya adalah keputusan tanpa perlu menunggu keputusan syura. Lebih memalukan, menganggap setiap kejayaan yang dimiliki adalah kehebatannya semata2 dan tidak bersandar kepada Allah. Nauzubillah.
4. Lain pula bagi orang yang senior dari segi umur. Jika tinggi egonya, semua orang yang lebih muda daripadanya adalah kanak2 hingusan. Hanya dia yang matang. Setiap kata dan lontaran idea si junior adalah tidak bermutu dan tidak matang. Ini lebih menyedihkan. Tiada rasa kemanisan iman dalam dirinya lantaran menganggap ukhuwah adalah satu perkara yang kecil.
5. Bila ada ego dan lupakan Tuhan, maka nafsulah yang menjadi Tuhan. Penyakit ego adalah pokok, bukannya buah. Sebab itu Rasulullah SAW kata sejahat-jahat hamba adalah yang sombong. Dari pokok sombong ini, lahirlah buah pemarah, hasad, lahir fitnah menfitnah dan sifat payah hendak menerima kebenaran. Lahirlah sifat tidak mampu memberi maaf, tidak suka meminta maaf dan prejudis dengan orang lain. Ini adalah buah-buahnya.
6. Ego ini adalah penyakit pertama yang lahir di dunia. Ia dari iblis. Setiap solat lima waktu dalam doa iftitah kita berikrar kepada Allah bahawa kita serahkan segala jiwa dan raga untuk Nya. Tetapi lain pula yang kita buat atas muka bumi. Ikrar dalam solat hanya retorik. Kita bangga memiliki sifat iblis ini, malah gaya kita seolah2 tidak mahu berubah untuk menghakisnya.
7. Alahai hati. Sayu dan sedih apabila membaca komen2 yang tidak beradab dalam blog2 pimpinan atau mana2 artikel. Mengaku diri sebagai pendokong agama Allah, tetapi cara bercakap dan memberi komen seolah2 tidak rasa Allah Maha melihat, Allah Maha Mendengar, Allah Maha segala2nya. Nasihat ini khas untuk diri ku yang hina.
8. Ini adalah artikel kesinambungan dari artikel Nasihat khas untuk diriku
Muhammad Hafizan bin Abd Hamid
www.tintadakwah.blogspot.com
5 comments:
Salam singgah dan salam kenal.. really nice blog.. Ade mase, jemputla ke teratak Ungu Violet pulak.. salam persahabatan...
salam..btol tu..tp setiap manusia ada rasa ego..sama ada banyak atau sikit..dan yg paling utama,bagaimana kita sendiri selaku pemilik hati untuk mengawalnya..peringatan yang baik..
moga2 byk org sedar ego msing2...moga kita sentiasa bersikap rendah diri sesama manusia..manusia same je sume, ade kelebihan kekurangan memasing
ego tak bawak ke mane..kikisila ia untuk kemaslahatan bersama...
Tak sempat nak baca...orang zaman Rasulullah tahu Rasulullah tu benar-benar utusan Allah tapi tak beriman kerana ego..ego bawa ke neraka
Post a Comment