Followers

Doa Senjata Orang Beriman


Teringat hadis Nabi saw yang sering disebut oleh salah seorang ustazah yang mengajar bahasa Arab ketika di sekolah dahulu. Doa senjata orang beriman. Disebabkan itu jugalah setiap kali habis sesi pembelajaran di SMKA SHAMS, tiada ungkapan terima kasih daripada pelajar2 di kelas kepada guru mereka. Hanya doa barakallahufiik mengiringi langkah keluar guru daripada kelas. Walaupun hanya perkataan ringkas tetapi ia adalah satu doa yang sangat bermakna kepada seorang guru.


Lazimnya, manusia hanya akan berdoa apabila ditimpa kesusahan dan kepayahan. Tidak lupa juga, mereka akan bersungguh2 berdoa untuk mendapatkan sesuatu. Ini bagus kerana ia memang fitrah manusia memerlukan Allah setiap masa. Cuma kurang bagus apabila amalan berdoa ini hanya menjadi musim dikala ditimpa musibah dan ingin meraih sesuatu. Tetapi, yang terbaik dan sangat2 bagus adalah dengan mengamalkan budaya berdoa ini setiap masa tanpa ada niat yang tertentu.


Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina.


Selepas tamat diploma tahfiz, Allah beri peluang untuk menghayati kehidupan dunia Arab di Syria. Tidak dinafikan, jika kebudayaan bangsa yang dibandingkan, ana setuju budaya Melayu lebih baik dan sopan berbanding Arab. Kehidupan Arab sudah sinonim dengan tidak bersistem, kotor, kasar dan sebagainya. Inilah sikap kita, hanya menilai perkara yang buruk. Satu perkara yang sangat teruja dan kagum ana pada masyarakat Arab ialah budaya saling mendoakan. Budaya ini sangat kurang dikalangan masyarakat kita di Malaysia walaupun selogan kepimpinan kita dahulu mencanang2kan Islam Hadhari.


Kini ‘One Malaysia’ dipertaruhkan. Retorik semata2?. Ye, sangat retorik. Apa tidaknya, sangat jumud, kolot malah penakut kepimpinan sekarang. Kita sedang berbincang bab doa. Solat dalam pengertian bahasanya ialah doa. Allah sebut dalam firmannya;


Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.



Jadi, salah ke jika mengajak umat manusia untuk melaksanakan solat hajat?. Salah ke menyeru umat manusia untuk berdoa dan meminta kepada Allah agar memberi keamanan kepada Negara?. Salah ke mendidik manusia untuk pergi solat di awal pagi bermunajat kepadaNya?. Adakah seruan dan ajakan ini boleh menggugat keamanan dan kestabilan Negara?. Adakah kerajaan terlalu bacul?. Rakyat sedang menilai. Mungkin sesetengah rakyat masih tertipu, tapi jangan lupa untuk bersiap sedia jawab segalanya di depan Allah nanti.



wahai Tuhan kami berilah kepada kami perasaan takut kepada Mu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan, dan berilah kami kesihatan kepada Mu yang menyampaikan kami ke syurga Mu, dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia.

wahai Tuhan kami berilah kenikmatan pendengaran. penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami. dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami. dan janganlah Engkau jadikan bencana bagi kami dalam agama kami.

dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya kami dan tidak sampai batasan ilmu kami. dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak takut menaruh kasihan belas terhadap kami dapat menguasai ke atas kami wahai Tuhan kami, kami memohon pertolongan dengan nur kesucian Engkau dan berkat kebesaran dan keagungan sifat jalal Engkau, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik.

wahai Tuhan kami Engkaulah penolong kami maka kepada Engkau kami mohon pertolongan. wahai Tuhan kami Engkaulah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada Engkaulah kami pohon selamat. wahai Tuhan yang baginya lemah dan hina segala tengkuk pembesar dunia. dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja firaun, selamatkan kami dari segala penghinaan dan hukuman seksamu, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat. tiada Tuhan bagi kami melainkan Engkau demi kebesaran wajah Engkau dan kemuliaan kesucian Engkau, hindarilah kami dari segala kejahatan hamba-hamba Engkau, berikanlah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari Engkau wahai Tuhan yang maha pemurah.

wahai Tuhai samada Engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana Kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud. dan Kamu menundukkan mereka seperti Kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun Kamu lipat balikkan rancangan jahat mereka supaya mereka berpatah balik ke atas mereka sendiri, dan Kamu hancurkan pendirian mereka dan turunkanlah ya Allah bendera mereka rapat ke bumi.

wahai Tuhan kami yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya. wahai Tuhan yang mempunyai keagungan dan kemuliaan. sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu. ya Allah butakanlah mata-mata mereka (musuh-musuh Islam) sehingga mereka tidak melihat kecuali cahaya bulan purnama.

amin ya Rabbal ‘alamin

Muhammad Hafizan b Abd Hamid

www.tintadakwah.blogspot.com



1 comment:

HHH said...

assalamualaikum..
rakyat dikaburi dengan media massa yg sangat berat sebelah.Di tipu..dan terus di tipu oleh pemerintah.
Mereka merasaakn mereka seperti Tuhan,boleh menghalang manusia mengajak maruf,dan mencegah mungkar,boleh menyumbat manusia di dlm sel yg sempit,bole band surat khabar altenatif.
Tiada kebebasan dlm melemparkan pandanga.Dan yg berleluasa,hanyalah maksiat.
Tetapi...ISLAM akan kembali..kembali menakluk dunia.Izzahtul Islam mesti ni kembalikan.Sejarah ibarat pentas lakonan.Bila tamat,di ulang..dan di ulang semula.Dan sejarah Kegemilangan islam yg menakluk 2/3 dunia akan berulang.Insya-ALLAH.
-takbeer-