Sejak petang semalam, Allah uji ana dengan kesakitan. Terpaksa tangguhkan semua kelas malam tadi. Ingatkan hanya di situ, malam tidak dapat melelapkan mata langsung kerana kesakitan yang teramat sangat. Selepas subuh pagi tadi, Leh sahabat sepejabat tolong mengurut sambil sediakan minuman radix panas. Barakallahufiik sahabatku.
Menikmati kopi Radix di pagi yang hening sangat mengasyikkan walaupun dalam keadaan sakit. Sambil menonton rancangan MHI, tibe2 mood berubah serta merta. Topik yang membuatkan ana rasa sangat meluat. Filem baru yang kononnya sangat terbaik di mata wartawan tersebut. Asyik sungguh memuji sehingga ingin menyamakan taraf filem melayu dengan dunia barat dan keberanian pada pengarah muda.
Selepas wartawan memberi ulasan, tiba pula saat pengarah muda tadi yang terpancar wajah bangga dengan Berjaya mengutip RM 2.2 juta setakat kutipan hari ini. Bangga??. Ye, itulah yang boleh ana buat kesimpulan. Mulutnya tidak habis2 mengucapkan lafaz syukur sedangkan rantai syaitan bergayut di leher. Bukan itu sahaja, malah pengarah muda begitu teruja dengan pujian sang wartawan sehingga berpelukan dan berjabat sambil mencium tangan. Allahuakbar. Beratnya tugas para da’ie.
Inilah realiti. Bukan bermaksud ana anti kepada semua ini. Tapi jika semua perkara berlandaskan Islamkan adalah lebih baik. Kita asyik sibuk bercerita tentang realiti kehidupan remaja yang kian hanyut. Bohsia, Anak halal, Rempit dan lain2 sudah terlalu banyak mengetengahkan isu yang sama. Alangkah baiknya jika bukan hanya menceritakan realti, malah sama2 memikirkan dan menyelesaikan masalah yang kian runcing.
Kita perlu bertindak. Ana sangat2 setuju sekiranya ada dikalangan insan yang memahami Islam duduk dalam industri ini. Kita tidak rela anak2 kita kelak bakal menjadi rosak kerana pengaruh hebat budaya hedonisme ini. Insya Allah, jika diberi peluang, ana juga ingin menyumbang idea untuk program2 ilmiah untuk menggantikan program tom-tom bak dan lain2. Semoga Allah mudahkan segala urusan kita semua. Amin.
Muhammad Hafizan bin Abd Hamid
www.tintadakwah.blogspot.com
4 comments:
Betul. Sangat setuju!
Abg hafizan cuba la buat, hehe..
salam ziarah..
ya betul2..
sedih sgt dgn masyarakat skang nih ye..[juga kpd kita yg x mampu utk menyebarkan dakwah]
kononnya nak ketengahkan isu masyarakat..
tapi budaya negatif yg banyaknya..
nauzubillah..
I'm looking forward for Syurga Cinta this 21 Mei =)
Ya Allah,ampuni la hamba mu ini..bagus pijan..~
Post a Comment