Followers

Bersangka baiklah dengan Allah..

Setiap perkara atau kejadian yang berlaku pasti terselit hikmah disebaliknya. Hikmah datang dengan pelbagai cara. Ia mengikut kondisi dan situasi seseorang. Mungkin di mata manusia biasa, ia melihat sebagai kecelakaan biasa. Tapi, lihatlah dengan kebersamaan Allah iaitu dengan menganalisis hikmah disebaliknya. Manusia sering kalah dengan 3 ujian ‘ta’ iaitu wanita, takhta dan harta. 3 ta yang sangat bahaya terutama bagi diri seorang pejuang agama Allah.

Wanita panahan syaitan

..

Panahan syaitan tidak pernah tersasar jika umpanannya ialah wanita. Pejuang Islam sering kalah dengan ujian ini. Ia mungkin ujian terhebat jika nak dibandingkan dengan ujian 2 ‘ta’ yang lain. Cukup dengan ujian wanita boleh membuatkan seorang pejuang Islam hipokrit dengan kata-kata dan perbuatannya. Cukup dengan ujian wanita boleh membuatkan seorang pejuang Islam lambat dengan segala gerak kerja Islamnya. Cukup dengan ujian wanita boleh membuatkan seorang pejuang Islam terus tergolong dalam golongan yang mutasaqit di medan perjuangan. Ya Allah, bantulah kami menghadapi ujian yang sangat berat ini.



Seorang pejuang Islam harus menjaga batas-batas pergaulan agar tidak terjerumus ke lembah ini. Ikutlah saluran yang betul agar fitnah ini dapat diselesaikan mengikut fitrah manusia normal. Jika anda tidak dapat muslimah yang anda inginkan atau ditolak permintaan, muhasabahlah diri. Boleh jadi, Allah akan sediakan yang lebih baik untuk anda dan boleh jadi dia terlalu baik untuk anda sedangkan anda terlalu demand untuk mendapatkan muslimah sejati.

Takhta menjadi rebutan

Takhta atau pangkat juga sering buat pejuang lupa dan lalai pada halatuju kehidupannya. Dia gagal menganggap segala nikmat, takhta dan pangka yang dia kecapi itu dating dari Allah. Dia tidak menganggap bahawa nikmat gaji yang diberikan ialah hasil dia berjuang dalam jemaah. Dia hanya tau, dia telah berusaha bersungguh dan kejayaan dan pangkat yang dia kecapi adalah kerana kehebatannya sendiri. Bahaya juga kan ‘ta’ yang kedua ni.



Seorang pejuang Islam harus memandang segala-galanya datang dari Allah. Ia tidak kekal. Pangkat yang dia ada adalah untuk mencegah kemungkaran. Dia juga perlu menggunakan takhta dan pangkat yang diberikan kepadanya sebagai wasilah untuk mendapat thiqah daripada mad’unya. Jika semua pejuang berfikiran seperti ini, insya Allah masalah ‘ta’ yang kedua ini dapat diatasi.

Harta yang menggelapkan mata


Jika selalu menonton kartun, pasti mata berubah bentuk $ jika melihat duit atau harta yang banyak. Hari ini rasuah sudah menjadi biasa di mata masyarakat. Malah polis terpaksa memakai badge “saya anti rasuah” untuk memberitahu dia benci atau meluat pada rasuah. Adakah polis yang selalu terima rasuah??. Ana hanya timbulkan persoalan, bukannya menuduh. Tapi, yang sangat menyedihkan, maruah dan ilmu pejuang boleh dibeli pada hari ini. Dengan harta lumayan, hudud tidak lagi wajib bagi pejuang tersebut. Mereka tidak akan menerima jemputan ceramah jika bayarannya rendah. Ya Allah, jauhkanlah kami dari ujian 3 ‘ta’ ini.



Seorang pejuang harus menggunakan nikmat yang Allah berikan ini bagi membantu perjuangan Islam. Bukan salah seorang pejuang itu untuk menjadi kaya. Itu sangat digalakkan. Malah aulawiyatnya adalah orang kaya yang bersyukur dari orang miskin yang bersabar. Maka, jika seorang pejuang yang benar2 bersyukur dengan nikmat ini, ia akan mudah untuk menghadapinya.

Sahabat-sahabat, bersangka baiklah dengan Allah. Persiapkan diri untuk menghadapi ujian-ujian ini. Allah tidak akan memberi ujian kepada hambanya itu melainkan hambanya itu mampu untuk mengatasi dan menyelesaikannya dengan baik. Mungkin, dengan ujian inilah mematangkan diri kita sebagai pendokong agama Allah swt. Peringatan khas untuk diri ana.

Ya Allah, bantulah kami dalam menghadapi segala ujian yang Engkau berikan. Kadang kala kami rasa tidak mampu untuk menanggung segala ujian yang kau anugerahkan. Tapi kami yakin ya Allah. Setiap yang berlaku pasti terselit hikmah yang sangat berguna untuk kami. Maka tabahkanlah hati kami. Ya Allah yang membolak balikkan hati, thabatkanlah hati kami dalam Islam dengan ketaatan kepada Mu. Amin ya Rabbal ‘Alamin.

5 comments:

muhriz rahmat said...

syukran ya akhi di atas curahan minda hikmah. Jalan menjadi mudah dengan petunjuk ALlah Ta'ala. Tidak semua mampu berjalan lurus bila habuan di depan mata. Yang penting hati tetap mengharapkan pandangan Allah.

Ahmad Taufiq Redzuan said...

Assalamualaikum,

Mabruk! persamaan linear+rumus janjan 3ta yg sangat berkesan..mudah-mudahan kita x tergolong di kalangan org yg sedemikian..wanita, harta, dan pangkat, memang menjadi racun bg mereka yg x tahu gi mana nak mengawalnya..

Anonymous said...

mudah-mudahan Allah SWT menjaga para pejuang yang ikhlas di jalan-NYa dlm menghadapi ujian ini..ikhlaslah wahai pjuang Islam...salam pjuangan.

Anonymous said...

bersama-samalah jaga muslimat wahai para muslimin... pjuangan kita adalah ats akidah yang sama.. syangilah sesama kita kerana Allah SWT.. walaupun tidak diungkapkn dimulut,tapi doakanlah di hati..moga kalian dalam jagaan dan rahmat Allah SWT..-ikhwah_m'sia

Anonymous said...

salam ustaz,
mujahid bknnya org yg pandai brcakap tanpa beramal,doakn ana spaya dpt beramal dgn segala isi kandungan alQuran,
Bersangka Baiklah sesama muslim juga,pandanglah "smua mnusia adlh bersih dan suci kecuali aku yg berdosa melangit"
mengkritik bererti sayang dan sememangnya pahit menelan kritikan.
pujian hnyalah racun yg merbahaya.
teruslah thabat dlm perjuangan...