TERIMALAH HAKIKAT
Abang-abang dan akak-akak yang sangat ana hormati lagi ana segani. Sedar atau tidak, hari ini umur kita semakin meningkat tiap hari. Sedar atau tidak juga, kalau dulu kita berada di tampuk kepimpinan, sekarang kita sudah jadi alumni. Bukan menjadi ahli biasa, tetapi hanya sekadar ALUMNI. Insan yang tiada autoriti untuk memberi arahan tapi masih boleh berkongsi pengalaman dan idea yang bernas. Ingat ye, hanya berkongsi dan melontarkan pada adik2. Bukannya memberi ARAHAN.
Adakah susah untuk terima hakikat??. Kita mesti belajar untuk terima hakikat. Ia bukan perkara yang susah. Kalau susah terima hakikat ini, tanyalah hati, muhasabahlah diri. Adakah kita sentiasa ingin dihormati??. Adakah kita sentiasa ingin duduk ‘di atas’??. Ye, memang umur kita lebih daripada adik2 pimpinan sekarang, tapi ia bukan satu syarat yang sangat kukuh untuk memberi arahan.
BERHIKMAHLAH DALAM SETIAP PERKARA
Alhamdulillah, sifat prihatin dan ambil berat dalam diri semakin menebal bila duduk di kerusi alumni. Ini banyak yang berlaku. Tapi, biarlah berhikmah. Jangan diungkit depan adik2 pimpinan tentang zaman kegemilangan anda pada suatu ketika dulu. Berkongsilah dengan mereka dan beri cadangan yang TIDAK MENYINGGUNG DAN MENYAKITKAN HATI MEREKA.
Allah uji setiap tenure kepimpinan dengan cara yang berbeza. Maka jangan terlalu samakan zaman kita dengan zaman adik2. Mereka memang banyak melakukan kesilapan, tapi kita lebih besar KESILAPAN kerana tidak membimbing mereka. Jika benar kita hebat, buktikan kita juga hebat dari segi ADAB MENEGUR.
BIMBING BUKAN SEKAT
Alumni sepatutnya berperanan sebagai pembimbing kepada adik2 khususnya kepada pimpinan sekarang. Tapi banyak yang berlaku ialah alumni banyak menyekat atau mengongkong pemikiran pimpinan. Mereka ingin adik2 pimpinan khususnya mengikut cakap mereka, mendengar arahan mereka, laksanakan apa yang mereka mahu. Adakah ini salah??. Ye, memang salah.
Bimbing bukan beerti menyekat. Kita hanya boleh memberi cadangan dan buah fikiran, keputusan TETAP di tangan pimpinan. Hormatilah autoriti yang diberikan kepada mereka. Hargailah juga setiap pandangan dan cetusan idea yang mereka lontarkan. Jangan memandang mereka sebagai budak hingusan yang tidak kenal erti perjuangan, tapi anggaplah mereka sebagai mahasiswa yang baru mula hendak berjinak dalam dunia perjuangan.
KESIMPULAN
Berilah mereka peluang memimpin organisasi dengan corak kepimpinan mereka sendiri. Adakah kita tidak percaya pada pimpinan??. Kita kena ingat, kita yang SYURA kan mereka suatu ketika dahulu. Syura ada hikmahnya. Kelemahan tetap ada pada pimpinan, tampunglah kelemahan itu bukannya membesar-besarkan lagi kelemahan pimpinan.
Jika hari ini kita risau dengan tampuk kepimpinan sekarang, ingatlah bahawa suatu ketika dahulu ketika kita ingin naik pimpinan, abang2 dan akak2 juga risau dengan tampuk kepimpinan kita. Ini perkara biasa. Thiqahlah pada kepimpinan sekarang. Ini adalah keputusan SYURA. MUNGKIN apa yang ana coretkan ini TIDAK BERLAKU pada Jemaah kita. Tapi biarlah ia dirawat sekarang supaya kita cepat mengatasinya sebelum merebak.
Ya Allah, bantulah kami dalam menjaga HATI kami. Buangkan lah sifat EGO, RIAK, TAKABBUR dalam diri kami. Jadikanlah kami hamba dan khalifahMu di muka bumi ini dengan penuh ketaatan. Amin ya Rabbal ‘Alamin.
Salam juang untuk semua,
Muhammad Hafizan bin Abd Hamid
www.tintadakwah.blogspot.com
3 comments:
Salam...
Post yang penuh kontroversi tapi, ada benarnya. Bila zaman pemerintahan bertukar tangan biarlah pemimpin ketika itu yang mencorakkan cara pemerintahan mereka. Ana setuju dengan artikel ini dan sedar satu hari ana juga akan jadi alumni. Situasi ini memang sinonim dengan mane2 organisasi. Same2 kita muhasabah..(~_~)..
Assalam'alaikum....
teori pemikiran yang berani... Alhamdulillah... teruskan dakwah.. Takbir, ALLAHUKBAR!!!!
Assalamu'alaikum....
teori pemikiran yang berani... Alhamdulillah... teruskan dakwah.. Takbir, ALLAHUKBAR!!!!
Post a Comment