Followers

Hari Bersejarah

29 Mei mesti sangat bermakna bagi insan yang menyambut ulang tahun kelahiran.


29 Mei mesti sangat bernilai bagi suami isteri yang menyambut ulang tahun perkahwinan.


29 Mei mesti sangat istimewa bagi sesiapa pencinta seni yang menghayati perjuangan seni Allahyarham P. Ramlee.


29 Mei mesti sangat kelakar dan teruja bagi warga staf I. P. Minda kerana sibuk recording lagu alFateh


Tetapi..


29 Mei 1453 mesti sangat berharga bagi seluruh umat Islam kerana ia merupakan tarikh keramat pembukaan Konstantinopel.


Bukan sekadar tarikh


Sesuatu peristiwa yang diingati tarikhnya pasti menjadi satu sejarah yang bermakna bagi seseorang individu. Ia bukan sekadar nombor biasa, malah boleh jadi yang menyambut hari lahir pada hari ini akan meraikannya dengan lafaz syukur yang tidak terhingga kepada Allah kerana masih diberi nikmat di atas bumi yang penuh fana. Tidak lupa juga pada yang menyambut ulangtahun perkahwinan, ia pasti menambahkan lagi rasa saying dan cinta pada pasangan masing2 selepas Allah dan Rasul.


Tidak kurang hebatnya bagi staf di pejabat I. P. Minda Sdn. Bhd. Sejak daripada malam semalam, saya dan abang Syaari tidak mampu menahan gelak melayan kerenah suara sendiri untuk dibuat recording lagu alfateh ciptaan beliau. Kami bergabung suara pada mulanya. Tetapi, akibat sumbang yang terlalu teruk, kami terpaksa menyerahkan tugas vokalis kepada ustaz Hassan dan ustaz arif. Maka abang Syaari sebagai komposer dan saya sebagai produser. Sungguh lucu, satu hari duduk di pejabat hari ini sejak pagi, semua sibuk untuk recording lagu ALFATEH. (video lagu boleh didapati di sini)


Sultan luar biasa




Mutakhir ini di Malaysia, institusi raja sering dipertikai malah sering mendapat pandangan buruk daripada rakyat. Tetapi ia jauh lebih berbeza pada zaman Sultan Muhammad Al-Fateh. Baginda adalah seorang raja yang berusaha, berfikir dan bertindak secara luar biasa sehinggakan ketokohannya diiktiraf Nabi saw.


Hadis Nabi saw:

Akan dibebaskan kota kostantinopel itu. Maka sebaik-baik raja, itulah rajanya. Sebaik-baik tentera, itulah tenteranya.


Sultan Muhammad al- fateh adalah seorang pemimpin muda yang mempunyai semangat dan hati yang kental dalam menghadapi segala mehnah dalam berjuang. Walaupun mempunyai sedikit perasaan resah dan hampir berputus asa setelah buntu memikirkan jalan kemenangan, orang pertama yang dirujuk ialah ulama’. Inilah jiwa pemimpin. Tidak ada perasaan malu untuk rujuk orang yang lebih ‘alim dan wara’ dalam setiap keadaan yang merunsingkan.


Hari ini, sudah ramai yang mengkaji kehebatan Sultan Muhammad al-Fateh. Antara yang menulis tentang kehebatan Muhammad al-Fateh ialah YB Husam Musa baru2 ini, Ust Wan Ji, Abang Syaari dan ramai lagi. Mereka mula membongkar dan menyelongkar segala rahsia dan kekuatan dalam strategi perang dan cara pemikiran baginda sultan. Tidak dilupakan kepada naqib kesayangan, Abang idris yang turut menulis dan memberi kredit kepada perjuangan dan motto hidup Abu Ayub al-Ansari.


Didik masyarakat dengan sejarah Islam


Semua rancangan sembang pagi di kesemua rangkaian televisyen pagi tadi seperti MHI, Nasi Lemak Kopi O, stesen radio dan akhbar majoriti semua melaporkan dan membincangkan tentang seniman P. Ramlee.Tiada yang membincangkan tentang sejarah Islam yang agung ini. Justeru, mari kita didik masyarakat di sekeliling kita agar lebih membincangkan segala perkara berkaitan Islam atau kaitkan segala perbincangan semasa dengan agama Allah ini agar kita sentiasa bermuhasabah bahawa kita sebenarnya tiada sumbangan pada agama Allah. Allahu rabbi.


Ayuh, terus bongkarkan segala strategi dan cara pemikiran pemimpin Islam di zaman dulu. Perhangat dan perluaskan segala skop dalam pengkajian tentang sejarah, cara pemikiran, dan lain2 agar masyarakat yang bangga dengan institusi bangsa yang diperjuangkan sedar dan muhasabah bahawa Islam adalah perkara utama yang perlu dititik beratkan. Semoga banyak manfaatnya untuk kepimpinan dan ‘amilin Islam pada hari ini bagi meneruskan agenda yang masih belum selesai.


Muhammad Hafizan bin Abd Hamid

www.tintadakwah.blogspot.com

Ego?



1. Setiap manusia mempunyai ego tersendiri. Lelaki dengan cara ego mereka, perempuan juga tidak terkecuali. Malah lebih parah apabila kaum nisa’ ini mencampurkan ego mereka dengan emosi yang sering menguasai diri. Ana tidak menyebelahi sesiapa. Tidak kisah lelaki atau perempuan, kita semua perlu kikis sifat ini secara berperingkat2.


2. Perkara yang lebih MENYEDIHKAN HATI ialah orang yang tinggi dan hebat ilmunya tetapi tidak boleh menerima pendapat orang lain atau orang bawahan, orang yang banyak dan luas pengalamannya tetapi tidak mampu berkongsi pengalamannya malah menyombong diri dengan pengalaman yang dia ada, orang yang senior dari segi umur tetapi tidak pandai meraikan adik2 yang lebih junior dari segi umur.


3. Jika egonya tinggi, orang yang berilmu dan banyak pengalaman akan menganggap dia sahaja yang hebat. Semua pandangan dan kata2 nya adalah keputusan tanpa perlu menunggu keputusan syura. Lebih memalukan, menganggap setiap kejayaan yang dimiliki adalah kehebatannya semata2 dan tidak bersandar kepada Allah. Nauzubillah.


4. Lain pula bagi orang yang senior dari segi umur. Jika tinggi egonya, semua orang yang lebih muda daripadanya adalah kanak2 hingusan. Hanya dia yang matang. Setiap kata dan lontaran idea si junior adalah tidak bermutu dan tidak matang. Ini lebih menyedihkan. Tiada rasa kemanisan iman dalam dirinya lantaran menganggap ukhuwah adalah satu perkara yang kecil.


5. Bila ada ego dan lupakan Tuhan, maka nafsulah yang menjadi Tuhan. Penyakit ego adalah pokok, bukannya buah. Sebab itu Rasulullah SAW kata sejahat-jahat hamba adalah yang sombong. Dari pokok sombong ini, lahirlah buah pemarah, hasad, lahir fitnah menfitnah dan sifat payah hendak menerima kebenaran. Lahirlah sifat tidak mampu memberi maaf, tidak suka meminta maaf dan prejudis dengan orang lain. Ini adalah buah-buahnya.


6. Ego ini adalah penyakit pertama yang lahir di dunia. Ia dari iblis. Setiap solat lima waktu dalam doa iftitah kita berikrar kepada Allah bahawa kita serahkan segala jiwa dan raga untuk Nya. Tetapi lain pula yang kita buat atas muka bumi. Ikrar dalam solat hanya retorik. Kita bangga memiliki sifat iblis ini, malah gaya kita seolah2 tidak mahu berubah untuk menghakisnya.


7. Alahai hati. Sayu dan sedih apabila membaca komen2 yang tidak beradab dalam blog2 pimpinan atau mana2 artikel. Mengaku diri sebagai pendokong agama Allah, tetapi cara bercakap dan memberi komen seolah2 tidak rasa Allah Maha melihat, Allah Maha Mendengar, Allah Maha segala2nya. Nasihat ini khas untuk diri ku yang hina.


8. Ini adalah artikel kesinambungan dari artikel Nasihat khas untuk diriku


Muhammad Hafizan bin Abd Hamid

www.tintadakwah.blogspot.com

Murabbi

لولا مربي ما عرفت ربي

Jika tidak kerana murabbi, aku tidak akan kenal Tuhanku


Insan yang tidak mempunyai perkataan penat dan lelah dalam diari kehidupan ketika sibuk mendidik sepanjang hari.


Insan yang tidak mengharapkan pujian dan sanjungan atas didikan dan tunjuk ajar yang telah diberikan.


Insan yang melaksanakan tugas dakwah dan mendidik jiwa anak2 muda serta masyarakat semata2 kerana Allah tanpa memikirkan balasan duniawi.


Insan yang sentiasa mengharapkan anak didik mereka adalah lebih baik dan hebat daripada mereka dari segi akhlaq serta ilmu di dada.


Insan yang sentiasa menjaga setiap perkataan dan perbuatan sesama manusia apatah lagi bersama Rabb Nya.


Inilah MURABBI.


Jika hari ini..

Sultan membisu tidak bersuara..

Jika hari ini..

Pemimpin BN gila kuasa..

Jika hari ini..

Hakim buat kerja macam orang gila..

Semua ini bukan salah guru mendidik mereka..



kerana guru adalah INSAN BIASA..


Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik khusus kepada:


mak dan ayah yang tidak jemu2 mendidik sejak kecil



semua warga pendidik SMKA SHAMS yang mendidikku mengenali kehidupan sebenar


semua warga pendidik Darul Quran JAKIM yang mendidikku mengenali erti perjuangan sebenar


dan semua orang disekelilingku


Barakallahufiikum atas didikan anda semua. Hanya Allah yang dapat membalasnya.


Muhammad Hafizan bin Abd Hamid

www.tintadakwah.blogspot.com