Nasihat khas untuk diriku…
Umumnya untuk semua yang bergelar PENDOKONG agama Allah!.
Buat kerja Islam/Jemaah mesti dengan hati yang ikhlas.
Buat kerja Islam/Jemaah mesti bersungguh-sungguh kerana ia cermin kepada keikhlasan.
Buat kerja Islam/Jemaah mesti sabar dengan ujian yang bakal menimpa.
Buat kerja Islam/Jemaah bukan untuk disanjung.
Buat kerja Islam/Jemaah bukan untuk dikenang.
Buat kerja Islam/Jemaah bukan untuk dipuji.
Buat kerja Islam/Jemaah bukan untuk tunjuk hebat.
Buat kerja Islam/Jemaah bukan untuk dibayar.
Buat kerja Islam/Jemaah bukan untuk mengungkit segala pengorbanan.
Buat kerja Islam/Jemaah bukan untuk merendahkan sahabat seperjuangan yang lain.
Buat kerja Islam/Jemaah mendidik kita untuk lebih rapat dengan Allah dan Rasul.
Buat kerja Islam/Jemaah mendidik kita untuk berlapang dada.
Buat kerja Islam/Jemaah mendidik kita untuk sentiasa berfikir.
Buat kerja Islam/Jemaah mendidik kita untuk bekerja dengan laju.
Buat kerja Islam/Jemaah mendidik kita untuk manfaatkan masa yang ada.
Buat kerja Islam/Jemaah mendidik kita untuk matangkan diri.
Buat kerja Islam/Jemaah mendidik kita untuk jaga penampilan.
Buat kerja Islam/Jemaah mendidik kita untuk sayangkan sahabat.
Buat kerja Islam/Jemaah mendidik kita untuk jadi hamba dan khalifah Allah yang sejati.
Buat kerja Islam/Jemaah mendidik kita untuk menjaga amanah sebaik mungkin.
Buat kerja Islam/Jemaah mendidik kita untuk wala’ dan taat pada pemimpin selagi tidak berlanggar syariat
Buat kerja Islam/Jemaah mendidik kita untuk menghargai sumbangan sahabat lain walaupun sedikit.
Yang penting, biarlah banyak bekerja dari banyak berkata. Kadang kala, kita lebih suka mengkritik, merendahkan sahabat lain seolah-olah kita yang hebat. Hebat sangat ke kita hingga suka mengungkit segala pengorbanan yang sedikit???..Tepuk dada dan tanyalah iman yang sedang nazak. Ya Allah yang membolak balikkan hati, thabatkan lah hati kami dalam Islam dengan ketaatan kepada Mu. Amin.
Amal Ijtima'i Juga Penting
Hampir sebulan ana berada di bumi
Sudah 2 minggu lebih ana telah berkhidmat sebagai guru Quran di Institut Pembangunan Minda,
“Kalau ko tak tolong aku, mungkin kelas ni akan ditutup. Aku tak mampu nak buat sorang.”
Sayu sangat hati mendengar. Dengan kapasiti pelajar sekarang seramai 130 orang, pasti Fadhlan pening keseorangan tanpa sahabat seperjuangan di sisi. Bukan tidak ada staf yang lain. Cuma, mereka hanya bekerja semata-mata, tapi kami berdua yang banyak merancang dan melaksanakan sesuatu perancangan baru.
Bila difikirkan balik, berat sangat hati ini untuk menerima pelawaan Fadhlan yang juga abang seperjuangan merangkap pengurus di sini. Dia memujuk ana untuk bekerja bersamanya sejak ana berada di
Apatah lagi tawaran dari ustaz dan ustazah di sekolah lama juga tidak kurang hebatnya. Bukan gaji dan pangkat yang ana fikirkan. Tapi jika ana mengajar di SMKA SHAMS, stand untuk bercakap lebih kuat di samping dapat membantu ustaz menyelesaikan beberapa masalah di sekolah yang kian meruncing. Perkara yang paling penting dan bermakna sekali ialah ana dapat buat usrah dengan adik-adik di sekolah dengan mudah.
Tapi, setelah lama berfikir dan membuat analisis. Ternyata ana perlu aula
Teringat pula pengalaman lepas. Exam diploma di DQ akan berlangsung 2 hari lagi. Tapi ana tidak bersemangat langsung untuk menghadapinya kerana lebih bersemangat untuk pergi ke Permatang Pauh untuk berjuang di
Sahabat-sahabat sekalian, buatlah pertimbangan yang sepatutnya sebelum membuat sesuatu keputusan. Kadang kala, amal ijtima’ie juga sangat penting. Tapi, jangan pula terlalu tumpu amal ijtima’ie sampai lalai dengan amal jama’ie. ‘ala kulli hal, berjuanglah walau di mana pun kita, walau di mana pun posisi kita, walau di mana jua kita berada. Jangan hanya banyak bercakap dan mengkritik. Bertindaklah!
