Followers

Jangan Pilih Jalan Hitam..


Sejak petang semalam, Allah uji ana dengan kesakitan. Terpaksa tangguhkan semua kelas malam tadi. Ingatkan hanya di situ, malam tidak dapat melelapkan mata langsung kerana kesakitan yang teramat sangat. Selepas subuh pagi tadi, Leh sahabat sepejabat tolong mengurut sambil sediakan minuman radix panas. Barakallahufiik sahabatku.


Menikmati kopi Radix di pagi yang hening sangat mengasyikkan walaupun dalam keadaan sakit. Sambil menonton rancangan MHI, tibe2 mood berubah serta merta. Topik yang membuatkan ana rasa sangat meluat. Filem baru yang kononnya sangat terbaik di mata wartawan tersebut. Asyik sungguh memuji sehingga ingin menyamakan taraf filem melayu dengan dunia barat dan keberanian pada pengarah muda.



Selepas wartawan memberi ulasan, tiba pula saat pengarah muda tadi yang terpancar wajah bangga dengan Berjaya mengutip RM 2.2 juta setakat kutipan hari ini. Bangga??. Ye, itulah yang boleh ana buat kesimpulan. Mulutnya tidak habis2 mengucapkan lafaz syukur sedangkan rantai syaitan bergayut di leher. Bukan itu sahaja, malah pengarah muda begitu teruja dengan pujian sang wartawan sehingga berpelukan dan berjabat sambil mencium tangan. Allahuakbar. Beratnya tugas para da’ie.


Inilah realiti. Bukan bermaksud ana anti kepada semua ini. Tapi jika semua perkara berlandaskan Islamkan adalah lebih baik. Kita asyik sibuk bercerita tentang realiti kehidupan remaja yang kian hanyut. Bohsia, Anak halal, Rempit dan lain2 sudah terlalu banyak mengetengahkan isu yang sama. Alangkah baiknya jika bukan hanya menceritakan realti, malah sama2 memikirkan dan menyelesaikan masalah yang kian runcing.


Kita perlu bertindak. Ana sangat2 setuju sekiranya ada dikalangan insan yang memahami Islam duduk dalam industri ini. Kita tidak rela anak2 kita kelak bakal menjadi rosak kerana pengaruh hebat budaya hedonisme ini. Insya Allah, jika diberi peluang, ana juga ingin menyumbang idea untuk program2 ilmiah untuk menggantikan program tom-tom bak dan lain2. Semoga Allah mudahkan segala urusan kita semua. Amin.


Muhammad Hafizan bin Abd Hamid

www.tintadakwah.blogspot.com

Apabila permata memantulkan cahayanya..


Alfadhil Ust Nik Abduh bin Nik Abd Aziz


Salam juang buat semua pendokong agama Allah..

satu artikel yang sangat2 berharga dan bermakna..

boleh ambil sebanyak mutiara dan hikmah di dalamnya..

ditulis oleh seorang permata dalam agama kita..

semoga banyak manfaat kepada yang membaca..

http://nikabduh.wordpress.com/2009/04/24/kerja-kerja-bodoh-dalam-pas/

http://nikabduh.wordpress.com/2009/04/28/kerja-kerja-bodoh-dalam-pas-2/

Muhammad Hafizan bin Abd Hamid

www.tintadakwah.blogspot.com

Semoga Ust Khazri terus kuat dan tabah..


Ustaz Haji Khazri tersenyum baru lepas keluar bilik pembedahan



Ahli keluarga ust dan sahabat2 seperjuangannya..


“Haji Khazri xcident pagi tadi. Patah kaki dan berada di wad 5A sekarang”


Sms ringkas dari Ustazah Syakirah betul2 buat ana terjkejut. Baru sahaja bertemu dengan Ust Khazri ketika pengebumian arwah Muadz, kali ini beliau pula diuji oleh Allah. Beliau kemalangan di depan Masjid Negeri 9 dan mengalami patah kaki.


Sejak bulan lepas sampai ke hari ini, seorang demi seorang insan yang rapat dengan ana Allah uji. Bukan sahaja ujian kemalangan biasa, sampai patah kaki dan dijemput menghadapNya. Ya Allah, muhasabah yang amat berguna untuk diriku. Semoga insan2 yang menerima ujian ini terus tabah dan kuat mengahadapinya. Amin


Anak muridmu,

Muhammad Hafizan bin Abd Hamid

www.tintadakwah.blogspot.com