Alfatihah buat al-fadhil Ustaz Khairul Azhar, Ketua Penerangan Pemuda PAS N9 merangkap Ketua Pemuda Tampin yang baru sahaja kembali ke rahmatullah. Beliau dimasukkan ke ICU di Hospital Besar Seremban akibat denggi dan meninggal dunia pada jam 1130mlm, 19 mac 2009. Smg Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..amin..
Muhammad Hafizan bin Abd Hamid www.tintadakwah.blogspot.com
Alhamdulillah, semalam sempat mengambil motor ana yang baru lepas kemalangan. Tersadai seminggu di Tol Plus Bukit Tagar. Motor yang banyak berjasa dalam gerak kerja Islam. Semoga Allah memudahkan segala urusan membaik pulihnya. Amin. Takziah juga kepada Muaz yang menunggangnya. Semoga cepat sembuh dan kuat bagi meneruskan perjuangannya. Amin
Gambar kenangan bersama sewaktu Majlis Khatam Quran di DQ satu ketika dahulu
Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Surah Ankabut: 1-2
830 pagi - Muaz berada di depan rumah ana untuk sama2 kami ke UIA mengahidri satu mesyuarat.Perancangan berubah akibat ana tidak sihat. Maka Muaz menunggang motor ana berseorangan.
430 ptg - Muaz telefon ana untuk memaklumkan tentang helmet motor.
515 ptg - Muaz telefon sekali lagi memberitahu beliau sudah mengalami kemalangan di lebuhraya antara Rawang dan Tg. Malim. Ana terus bergegas ke Hospital Sg. Buloh.
730 mlm - Ana daftarkan Muaz sebagai pesakit luar. Sahabat2 dari UPSI datang dengan sebuah kereta. Doktor memaklumkan kepada ana bahawa Muaz patah 3 tulang. 2 tulang pada keting dan 1 tulang pada peha. Semuanya pada kaki kiri. Ya Allah, beratnya ujian ini.
900 mlm - Family Muaz tiba. Parents Muaz berbincang dengan doktor untuk dipindahkan kerana jika terus berada di Sg. Buloh, dia terpaksa menunggu giliran minimum selama 2 minggu untuk dibedah. Keputusan dibuat untuk memindahkan Muaz ke Hospital Pakar Seremban (KPJ).
Sahabat2 yang ingin menziarahi Mohd Muaz bin Abd Hamid, boleh melawat beliau di wad bawah sekali di KPJ. Sebarang maklumat lanjut, boleh menghubungi ayah beliau, Ust Hamid Harun, 013-2212853 atau ana sendiri.
Muaz di hadapan Masjid Nabawi sewaktu kami bersama menunaikan umrah dan muqabalah di Universiti Islam Madinah