Followers

Diari Kehidupan di Bumi Barakah Damsyiq..siri 11

18 Oktober 2008

rombongan jemput shidi n abg khalidi, abg farid n abg muslim

Alhamdulillah, tarikh bersejarah yang menyaksikan bertambahnya ahli di dalam rumah baru kami...kedatangan Rashidi dgn selamat yg juga pelajar mithali dq batch ana buat kami cukup2 bersyukur... Sempena dgn kehadiran abg2 n shidi ni serta berpindahnya kami ke rumah baru, mlm tu pun kami ada buat kenduri ckit..
......
Amin n awis yg dilantik sbg persegaran utk kenduri tersebut telah menjamu kami sume dgn nasi bukhari dan juga jus oren..abg muiz plak yg merangkap perhubungan telah menjemput sume abg2 x-DQ n ust rahmat sbg tetamu istimewa..dol n abg bur sbg teknikal kna menyediakan sgala peralatan yg diperlukan bg kenduri mlm tersebut..manakala zool amali sbg programmer mengendalikan majlis dgn baik skali..ana selaku pengarah n idham sbg bendahari bertindak juga sbg unit persiapan tempat..cume shidi kami bg rehat sbb baru sampai...=)


Pd keesokannya plak, kami mendpt jemputan ke rumah terbuka di rumah syazwang ganu..lpas abis ke rumah terbuka, kami pn membawa shidi jln2 sekitar suq hamidi smbl membeli peralatan2 rumah yg msh kosong...alang2 dh smpai sane, sempat la jgk rase jus blueberry n jus delima...boleh tahan jgkla..kami juga x ketinggalan utk mnikmati buzoh( aiskrim) kt cni..boleh thn jgkla..
maqam Nabi Yahya a.s


maqam Muaz bin Jabal
Tp yg paling menarik dpt ziarah tempat2 bersejarah..ari tu waktu ke rumah terbuka ust daus, kami sempat ziarah maqam Nabi Zulkifli a.s.. kali ni kami sempat plak ziarah maqam Nabi Yahya a.s, maqam Salahuddin Ayub dan maqam Muaz bin Jabal..sampai cni dulu perkongsian utk kali ni..=)

Diari Kehidupan di Bumi Barakah Damsyiq..siri 10

Ahlan Wasahlan ila Baitul Mukmin...=)


Selepas sebulan lebih duduk menumpang di rumah abg pejai, alhamdulillah kami pn dpt rumah sewa yg baru..mmg byk ujian sblm dpt rumah ni..rumah 2tingkat dgn 4bilik, satu ruang tamu, dapur n 2 tandas+bilik air..kami duk umah bina’ tingkat 4..pergh!!..mmg pnat gle naik atas ni..huhu..ujian2..=) ‘ala kulli hal, mmg bersyukur sgt2 dpt umah ni wpun xde mafrusyat lgsg..smg kami duduk lama kt cni n tuan rumah xde mslh...amin..=)

Carta Organisasi Baitul Mukmin
Ketua

Zool Amali
Bendahari
Idham
Unit Pendidikan
Awis Qarny, Rashidi, Muizuddin
Unit Kebersihan n Keceriaan
Hafizan
Unit Dapur n Perkakasan
Amin
Unit Perunding Imej
Abdullah
Unit Teknikal n Peralatan
Burhanuddin


..ruang tamu ..katil ana..=) ..blk muiz n rashidi ..blk idham n bur ...blk awis ...blk ana n zool
...blk amin n abdullah ...blk air n tandas

Dedikasi utk adik2 usrah 1089

Salam sayang n rindu yg teramat sgt kpd adik2 usrah ana yg akan menduduki imtihan PMR,
13 Oktober 2008…


antara kita tiada rahsia
susah dan senang tetap bersama
terpatri namamu kau takkan kulupa
sudah berkurun lama kita tidak lagi bersua
hanya tinggal kenangan yang tidak mungkin kita lupa
kirimkan khabar selalu seiringan hembusan bayu
sekadar mengubat dikalbu…
pantas masa berlalu meninggalkan kita semua
tanpa disedari bertambahla usia kita
potret lama masih ku simpan
ku bingkaikan kenangan
hingga terkadang ku tersenyum sendirian…
oh..perjalanan kita masih jauh
jalanan yang berliku bakal kita tempuh
imbaslah kenangan semalam
jadi azimat penguat semangat
menempuh masa hadapan
harapanku kau kan bahagia selalu…
padaku engkau penghibur duka
pengubat hati resah kecewa
dikala namamu kau bawa cahaya
antara kita tiada rahsia
susah dan senang tetap bersama
terpatri namamu kau takkan kulupa…
bingkisan rindu..far-east

Nazrin, Zulfalhie, Zulfaqar, Aiman, Farid Wajdi, Nazif, Jasmi, Luqman Hakeem, Izzuddin, Hafiz, Syazwan, Syahmi… Farzana, Afiza, Fatin, Hamizah, Hajar, Husna, Munirah, Nazihah Ayuni, Insyirah n Farah..=)
Yang amat merindui...
Naqib yg jahil,
Muhammad Hafizan bin Abd Hamid, Syria

Diari Kehidupan di Bumi Barakah Damsyiq..siri 9

Bermulanya Jihad Ilmu…

7 Oktober 2008


Semalam genap sebulan kami berada di bumi barakah Syam..Alhamdulillah, hari ni jugak bermula lah siri kembara jihad ilmu kami di sini..Sebelum masuk klas, masing2 tgk natijah muqabalah yg lpas..Alhamdulillah, ana n Abdullah masuk klas mustawa 3 manakala yg lain sume di mustawa 2..Plik jgk cmne leh dpt mustawa 3, tp mgkn rezki dr Allah n Allah nk mujahadah lebih ckit..Allah tau hamba dia ni pemalas..


Walaupun sebenanye agak takut n gementar msuk mustawa 3 sbb mmg ana xreti b.a..huhuhu..tp tpaksa la mujahadah ckit…madah dlm mustawa 3 ni antaranya fiqh munakahat n fiqh muamalat, faraid, hifzul quran, ulum quran, nahu saraf n balaghah, tafsir dll…Paling mnakutkan madah nahu…adoi,pningnye…syarah qatrunnada’…matan jurumiah pn xabis study lg…dahla duk dpan skali, mmg kna tnye punye…apa lagi, tergagap2 la..ujian2…

Diari Kehidupan di Bumi Barakah Damsyiq..siri 8 ( Salam Aidilfitri)

1 Syawal 1429H
  • Solat Sunat Aidilfitri di rumah kedutaan...

  • Jamuan ringan..makan nasi lemak tu..huhu

  • Balik umah sewa, makan nasi impit n rendang yg kami masak plak..
  • Lpas zhr, sume ke umah persatuan basuh brg2 di sana coz kami ajk persiapan akhir...
  • Kul 3ptg, blk umah sewa n sume tdo keletihan..
  • Lpas asar g braya kat umah ust izwan n ustzh dafiqah..=)..best makan nasi ayam...

  • Braya umah shbt2 msia yg lain..
  • Malam sampai subuh, cucuk sate utk majlis raya bsok nye..
2 Syawal 1429H

  • Lpas zhr, ada majlis sambutan hari raya di rumah kedutaan...makan sate, dll..meriah la jgk wpun x semeriah di msia..

  • Sampai umah lpas isya' setelah siap mengemas di umah kedutaan..
  • Hakim dan shbt2 serumah dia dtg ziarah kami...
3 Syawal 1429H
  • Setelah abis prog besar, mcm biasala...kna basuh2 di umah persatuan...ajk persiapan akhir la katakan..kna korban ckit...
  • Lpas jumaat, abg pejai ajak beraya di umah shbt2 msia n s'pura yg bwt umah terbuka..sambil2 tu lawat skali maqam Nabi Zulkiflki a.s..
  • Sampai umah sewa kul 10 mlm... sume keletihan..
4 Syawal 1429H
  • Lpas zhr, majlis sambutan hari raya lg...tp di umah persatuan je..ditaja oleh MSD plak...makan mee jawa, nasi dangang, dll...
  • Malam nye plak kami beraya di rumah Syeikh Hasan Rifaie..masya Allah tabrakallah..hebat orangnye..

Salam Perantauan dr Syria

Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakaatuh. ...

Buat sume shbt2 yang dikasihi kerana Allah S.W.T...
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429H..
Maaf Zahir Batin..
Semoga di hari raya yang mulia ini Allah sentiasa memberkati kita, meredhoi segala amalan dan sentiasa melimpahi kita semua dengan rahmat-Nya.
Moga-moga ramadhan yang telah berlalu memberikan kita kekuatan untuk beramal ibadah dan tekun menuntut ilmu semata-mata kerana-Nya.
Jadikan ramadhan kali ini sebagai medan tarbiah kita bersama untuk sentiasa taat melaksanakan tuntutan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya...
Akhir kalam, pepatah arab ada menyebut:
Bukanlah hari raya itu untuk mereka yang berpakaian baru sahaja,
tetapi hari raya itu adalah untuk mereka yang amalnya bertambah..
Salam kemaafan, salam juang kerana Allah s.w.t.(^_^)

Muhammad Hafizan bin Abd Hamid
Damsyiq, Syria