Tanggal 9 Julai ini bakal menjadi
satu sejarah baru bagi masyarakat Malaysia. Tarikh tersebut merupakan titik
permulaan kepada gerakan pemulihan demokrasi Malaysia yang kini dilihat sudah
ditahap kritikal.
Penganjuran perhimpunan BERSIH
2.0 oleh beberapa Non-Government Organization (NGO) dalam menuntut pemBERSIHan
demokrasi Malaysia ekoran sistem perjalanan pilihanraya yang dilihat berlaku
zalim pada sesetengah parti politik yang lain. Antara tuntutan kepada perhimpunan
bersih ini adalah:
1)
Bersihkan senarai undi
- Senarai undi
harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan pengundi hantu seperti
orang yang telah meninggal serta pengundi klon yang mana seorang pengundi
mempunyai 2-3 kawasan undi
2) Mereformasi Undi Pos
- Memberi
kebebasan kepada polis dan tentera untuk memilih samada untuk mengundi biasa
ataupun mengundi secara pos serta menuntut pemantauan daripada setiap parti
politik yang bertanding bagi menjaga ketelusan undi pos.
3) Penggunaan
dakwat kekal
- Penggunaan
dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang daripada mengundi beberapa kali
4) Masa kempem minima 21 hari
- Masa kempen
yang lebih panjang bagi membolehkan calon-calon yang bertanding untuk
menyebarkan maklumat calon terutamanya di kawasan luar Bandar dan pedalaman.
5) Akses Media yang bebas dan adil
- Memberi
kebebasan media kepada semua parti yang bertanding serta membuat liputan penuh
dalam pilihanraya yang akan dating bukan hanya membuat liputan parti pemerintah
semata-mata
6) Pengukuhan Institusi Awam
- Institusi Awam
haruslah direformasikan agar bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang
dan melindungi hak asasi manusia. Institusi Awan juga haruslah bebas daripada
sikap “double standard” yang seringkali dimainkan ketika pilihanraya umum.
7) Hentikan Rasuah
- Pemilihan
pemimpin haruslah berlaku secara adil dan bebas rasuah. Perlaksanaan rasuah
seperti membeli undi dan sebagainya akan membuatkan pemimpin yang dilantik
terbatal daripada majoriti hati rakyat akibat dicemari rasuah
8) Hentikan Politik Kotor
- Menjadikan
medan demokrasi debagai suara rakyat yang benar-benar telus tanpa ada sebarang
provokasi jahat dan mengusik isu peribadi.
Segala tuntutan BERSIH 2.0 jelas
dilihat tidak mewakili mana-mana pihak dan ianya secara jelas ingin membuat
pemulihan terhadap demokrasi Malaysia. 8 tuntutan di atas adalah jelas dan
menunjukkan tidak ada mana-mana agenda yang tersembunyi untuk menjatuhkan
mana-mana parti. Biarlah pemilihan pemimpin yang akan datang dibuat secara adil
dan saksama.
Titah YDP Agong jelas menunjukkan
sokongan daripada YDP Agong dalam memastikan pemilihan supaya dibuat secara
adil dan bersih. Malah kami di peringkat ISIUKM menyokong sepenuhnya
perhimpunan ini setelah ia mendapat restu daripada Seri Paduka Yang di-Pertuan
Agong. Tidak kiralah siapapun yang menang pada pilihanraya kali ini, yang
pastinya pemimpin yang dipilih biarlah betul-betul daripada kemahuan rakyat.
ISIUKM juga ingin mengingatkan
kepada semua pihak yang selama ini berpendirian negatif terhadap isu ini agar dapat
meresionalisasi pemikiran terhadap BERSIH 2.0. Ini bukannya tuntutan bagi
menjatuhkan mana-mana parti politik atau pihak kerajaan, tapi ini adalah
tuntutan untuk ketelusan pilihanraya.
Akhir sekali ISIUKM mengingatkan
seluruh rakyat Malaysia bahawa himpunan yang dianjurkan pada 9 Julai ini
hanyalah sebahagian kecil daripada apa yang lebih besar iaitu 8 tuntutan untuk
pilihanraya akan datang. Maka jika himpunan ini gagal sekalipun, tuntutan ini
tetap perlu dilaksanakan sehingga pilihanraya berjalan dengan keadaan baik dan
bersih dari segala kekotoran. Semoga impian semua untuk mendapat Negara dan
pemerintah yang baik dimakbulkan oleh Allah swt.
“Sesungguhnya bagi
penduduk-penduduk Saba’ itu satu bukti kekuasaan Allah di tempat kediaman
mereka iaitu dua kebun (yang luas dan subur) sebelah kanan dan di sebelah kiri
(perkampungan mereka lalu Kami berfirman): Makanlah dari rezeki Tuhan kamu dan
bersyukurlah kepada-Nya (negeri kamu) adalah negeri yang ma’mur dan (Tuhan
kamu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun.”
"Bersama Melangkah Menginspirasi Ummah"
~Anak Muda Sayang Malaysia~
Muhammad Hafizan
bin Abd Hamid
Presiden
Ikatan Studi Islam
UKM (ISIUKM)
No comments:
Post a Comment