Followers

Perak bertukar Emas?

" Setelah kita menang di Perak, kini Perak telah bertukar menjadi Emas buat Pakatan Rakyat, Kejahatan telah terbukti dan kebenaran telah menjelma. Saya menasihati agar yang beragama Islam untuk puasa sunat esok hari serta sembhyang Sunat Syukur 2 rakaat. Jangan terlalu gopoh dengan kemenangan ini"

- Tuan Guru Dato’ Nik Abd Aziz Nik Mat


Tahniah dan takziah buat Dato’ Seri Nizar dan sahabat2 kepimpinannya di atas pengisytiharaan mahkamah sebagai Menteri Besar Perak yang sah.


Hebatnya kata2 seorang Mursyidul Am yang penuh dengan jiwa mendidik. Inilah murabbi. Kata2nya ringkas, tapi padat dengan maksud yang sentiasa membawa mesej kepada semua orang agar mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah dalam setiap perkara. Ye, dalam setiap perkara. Menang ke kalah ke, sume nya kita rujuk dan kembali kepada Allah.


Jangan risau dan gusar. Walaupun Najib dan konco2nya akan membuat rayuan di mahkamah rayuan, walaupun mereka mempunyai kewangan yang banyak untuk rasuah, walaupun mereka mempunyai kuasa yang tinggi untuk mengarahkan perkara yang tidak elok, tetapi kita ada Allah sebagai pembantu. Yakinlah dengan janji Allah bahawa orang yang sentiasa inginkan kebenaran dan keadilan akan dibantu Nya.


Mari kita pakat2 puasa sunat esok hari dan jangan lupa saranan Tok Guru agar melakukan solat sunat dan sujud syukur. Mudah2an setiap doa yang kita sebut dan harapkan akan membantu perjuangan kita dalam menegakkan kalimah Allah di bumi bertuah Malaysia khususnya di Perak. Ya Allah, bantu dan berilah kemenangan kepada Islam. Amin.


Maaf tidak dapat menulis panjang kerana terpaksa ke KLIA untuk menghantar sahabat2 seperjuangan yang akan menyambung pelajaran ke Syria malam ini. Semoga perjalanan antum juga dipermudahkan Alllah. Amin.


Muhammad Hafizan b Abd Hamid

Seremban. 11 Mei 2009, 9.10 malam..

www.tintadakwah.blogspot.com

No comments: